DCM tidak mahu komen panjang tentang gambar yang didakwa memaparkan aksi cium Nabila Huda dengan seorang lelaki dipercayai budak pantai di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet beberapa hari lalu.
Cuma apabila Amy Search meminta anaknya itu agar menjaga tingkah laku sebagai perempuan dan artis, rasanya lebih elok kalau ditegaskan bahawa perbuatan tersebut juga bertentangan dengan nilai budaya dan hukum agama. Apatah lagi, perbuatan yang disertakan dengan bukti bergambar itu merupakan salah satu mukadimah kepada zina.
Hari ini bekas suami anak sulung Amy itu, Zaidy Zailani ketika ditanya mengenai gambar kontroversi tersebut menyatakan kepada HM bahawa “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka.”
“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.
P/s: Saya tidak mahu komen ikhlas atau tidak, wajar atau tidak, bermaruah atau tidak tindakan bekas suami Nabila ini, namun yang pasti tidak semua lelaki sanggup menerima bekas isteri mereka selepas kontroversi yang berlaku. Tambahan pula, kontroversi itu bukanlah sekadar khabar angin, namun turut disertakan dengan bukti bergambar. Setuju?
Assalam,aku minta kau sebagai blogger berikan penjelasan sesuatu isu tanpa berat sebelah dgn bukti2 yang jelas lagi sahih,jgn jadi blogger yang banyak berbohong dan memutar belit semata2 nak popular,jgn hancurkan perpaduan orang Melayu,sudah tiba masanya orang Melayu bersatu dan menjadi kuat.kafir harbi telah berjaya memencahkan perpaduan orang Melayu.mereka tunggu masa untuk merampas kuasa,hancur kuasa politik maka hancurlah orang Melayu,kuasa ekonomi dah lama mereka rampas....sedarlah,jgn kita gembira satu puak orang Melayu akan hancur....tetapi kehancuran itu melibatkan keseluruhan orang Melayu,generasi akan datang akan memaki kita kerana kelekaan kita menjaga kepentingan mereka pada masa akan datang,masa itu menangis air mata darah pun sudah terlambat.so fikir2lah...hendaklah kita menjadi hamba abdi di negeri sendiri,lihatlah apa yang telah terjadi negara luar...tamakkan kuasa rakyat sendiri yang merana,cuba amati rangkap lagu ini,
Anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi,
Airmata darah mengalir keringat
Bumi dipijak milik orang.
Marilah kita bersatu- padu menguat barisan hadapan menghadapi gelombang daripada pihak kafir harbi.