Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 1 Disember 2011

[Wajib Baca] Jawapan Saifuddin & Zuraida kepada Sindiran Sharizat & Pendedahan Idea Asal Projek Lembu Keluarga Sharizat



Saya petik:

[MK] Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.


"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat,
" katanya lagi.

Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.
Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.

Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat,"
katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.

Saifuddin (kanan) berkata,  perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengeri Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."

Sementara itu, ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (atas kiri) menyifatkan cabaran Shahrizat mendesak presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan adalah satu tindakan untuk mengalih dakwaan pembabitan menteri itu dalam skandal NFC.

Zuraida menegaskan bahawa isunya ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dan bukannya PKR, bahawa projek tersebut kucar-kacir dan tidak menepati sasaran kerana tiada kepakaran.

Hakikatnya, tegas beliau, yang biadap adalah apabila menteri-menteri yang diberi amanah, menyalahgunakan kuasa menyeleweng wang rakyat untuk mengkayakan keluarga.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata cubaan mengheret Wan Azizah juga memalukan kaum wanita.

"Sepatutnya seorang ketua wanita Umno bersimpati dengan nasib seorang ibu yang terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.

"Sepatutnya seorang ketua Wanita Umno tidak terikut-ikut dengan permainan politikus bankrap moral di dalam Umno yang bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida mengingatkan bahawa hakim sebenarnya bukanlah perwakilan Wanita Umno yang mempertahankan Shahrizat, tetapi adalah rakyat yang akan membuang undi.

"Yang pasti, hakim itu akan menghukum bukan sahaja ketua Wanita Umno, malah kesemua parti dalam BN akan turut terpalit," tegasnya.


P/s: Terbaik!!!


  1. Mantooop...Dedah jangan tak dedah... Biaq rakyat tau dan menjadi hakim seleps ini

    gravatar Comment by PAK MAT @ Khamis, Disember 01, 2011 12:48:00 PTG      
  2. kalau kes shahrizat dikatakan penyelewengan , kes anwar penyelewengan moral lagi teruk ! sebagai islam dan sebagai suami , dosa anwar lagi besar , nabi tak ngaku umat siapa yg mengamalkan liwat .

    kalau kes shaharizat dikatakan tumpu pada isu asal , kes anwar kenapa tak tumpu pada isu asal ? kenapa ada alasan kata kroni dan konspirasi ?

    kes suami shahrizat , shahrizat pula diminta etak jawatan , kenapa pada kes anwar ..azizah tak diminta letak jawatan?

    kes shahrizat dikata membawa wanita umno terpalit sama , kenapa pada kes anwar ..kenapa dibawa rakyat satu negara untuk menjawab dan menanggung dosa kes anwar yg dilakukan secara peribadi ?

    peyelewengan koperasi kohilal ?
    penyelewengan ladang rakyat ?

    semuanya duit rakyat , kenapa menteri kelantan tak disuruh letak jawatan ??

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Disember 01, 2011 8:10:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH