[PANAS] Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Mulakan Inkuiri Terbuka
Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Mulakan Inkuiri Terbuka
[KD] KUALA LUMPUR 17 Mac: Pengarah NGO Hak Asasi Manusia, Suaram, Cynthia Gabriel berkata, Mahkamah Perancis akan memulakan inkuiri terbuka berhubung kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Beliau mendedahkan perkara itu dalam laman twitternya tengah hari tadi.
Difahamkan, ‘hakim arahan’ bagi kes itu telah dilantik dan mahkamah akan bermula pada 1 April.
Di bawah undang-undang Perancis, ‘hakim arahan’ adalah majistret yang bertanggungjawab mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.
Ketika dihubungi, Cynthia berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan dalam sidang media yang akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi esok.
“Kita akan dedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada media dalam sidang media esok,” kata Cynthia.
Pada 2009, peguam Joseph Breham, yang dilantik mewakili Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, melibatkan pembelian dua buah kapal selam bernilai RM7.3 bilion.
Kontroversi pembelian kapal selam itu melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisyen kepada pemimpin negara dan pegawai tertinggi tentera.
Sebanyak 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar sebagai komisen kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga pembelian Scorpene itu dijalankan. Skandal itu dikatakan mengheret pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.
Mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, salah seorangnya merupakan pegawai pengiring kepada Najib.
Razak Baginda didakwa turut bersubahat dalam kes itu, namun dibebaskan oleh mahkamah tanpa dipanggil membela diri.
Pada Oktober tahun lalu, Breham berkata pembabitan Najib dalam pembelian Scorpene boleh menyebabkan beliau disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis bagi membantu siasatan.
Berkaitan:
Kes Scorpene Akhirnya ke Mahkamah Perancis
[MK] Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS, akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.
"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.
Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.
Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.
Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.
Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.
"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.
Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.
Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.
Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.
Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.
Dokumen Rahsia Scorpene Akan Didedah di Mahkamah Perancis
[KD] KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
“Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.
“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.
Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia.
Urus niaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.
Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan.
Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.
Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.
“Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan,” tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah.
“Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis,” katanya.
Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
“Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat,” tegasnya.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.