Rekod Buruk, Gagal, Flip Flop, Kaki Perempuan....???
Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.
Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.
Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.
'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers
Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian
Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.
Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.
Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.
Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.
Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.
Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.
Rekod buruk Najib
Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.
Kemudian beliau dipilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.
Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.


hal utk MyFirstHome tu mmg bangang sgt. kalau difikirkan, dr bank luluskn loan utk rumah baik depa luluskan loan utk personal loan sja. mengarut yg melampau2 btol pihak "tersebut".kalau mengundi tak guna akal, mmg rosak anak bangsa je nanti!