[Kemas Kini] Peguam Terkemuka Ke Luar Negara Kerana Kes Skandal Scorpene dan Pembunuhan Altantuya???
[MK] Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.
Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.
Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.
Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.
Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.
Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu.
Kemas Kini:
Peguam: Tiada misi rahsia untuk PM dan isteri
[MK] Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau berada di luar negara dalam satu misi rahsia perundangan untuk perdana menteri dan isterinya.
Beliau yang kelihatan tidak senang apabila ditanya mengenai perkara itu, pada mulanya enggan memberi respon kepada pihak media.
Apabila terus ditanya oleh Malaysiakini, beliau menjawab ianya karut dan apa saja yang dikatakan oleh akhbar adalah karut.
Shafee yang berada di lobi mahkamah jalan Duta kompleks untuk menerima bungkusan dari anak guamnya, Datuk S Nallakarupan, juga mengingatkan pihak media supaya tidak mereka apa-apa.
Sambung di sini.
Apabila terus ditanya oleh Malaysiakini, beliau menjawab ianya karut dan apa saja yang dikatakan oleh akhbar adalah karut.
Shafee yang berada di lobi mahkamah jalan Duta kompleks untuk menerima bungkusan dari anak guamnya, Datuk S Nallakarupan, juga mengingatkan pihak media supaya tidak mereka apa-apa.
Sambung di sini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.