Penyanyi Dangdut Diperkosa Bergilir-gilir
![]() |
| Aksi penyanyi dangdut di Indonesia. Tidak mengejutkan jika penyanyi dangdut yang beraksi begini berisiko tinggi diserang secara seksual oleh peminat yang berahi. |
[HM] Jakarta: Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut tempatan dirogol secara bergilir-gilir
“Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya selepas dia diberi minuman keras,” kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga, semalam.
Menurutnya, Edi, 19, yang berasal dari Teluk Naga ditahan, kelmarin bersama-sama dua rakannya sementara dua lagi masih diburu.
Shinto berkata, selepas disoal siasat, Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut itu menolak cintanya.
“Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya. Dia dan rakan sekampung memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu,” kata Shinto. - Detik

.jpg)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.