Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 17 April 2013

Gadis Dijual Rakan Sendiri, Nilainya Hanya RM3000



[HM] Kuala Lumpur: Pertemuan semula seorang wanita berusia 21 tahun dengan rakan lamanya mengundang padah apabila dia dijual kepada sindiket pelacuran dengan harga RM3,000 selain dipukul, dipaksa melacur dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri.

Kejadian bermula pada 11 April lalu apabila mangsa mengadakan pertemuan dengan rakan perempuannya di sebuah bangunan rumah kedai di Kepong, di sini, selepas beberapa tahun tidak berjumpa.

Sumber polis berkata, dalam pertemuan itu rakan mangsa hadir bersama teman lelakinya dan ketika berbual, muncul seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah kedai berkenaan.

Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa dan teman lelakinya itu meninggalkan premis berkenaan, namun apabila mangsa ingin beredar, pemilik rumah kedai terbabit menghalangnya.

“Rupa-rupanya lelaki itu bapa ayam dan dia memberitahu mangsa sudah dijual kepadanya oleh rakannya sendiri dengan harga RM3,000. Biarpun mangsa berulang kali merayu dikasihani, permintaannya tidak diendahkan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dalam bilik di premis berkenaan dan di situ ada 10 wanita dipercayai warga China dan Vietnam yang dipaksa menjadi pelacur.

Sumber itu berkata, keesokan harinya, mangsa dipaksa memakai pakaian seksi dan menyertai kumpulan pelacur itu beratur sebelum diperagakan kepada pelanggan. 

“Pada mulanya mangsa enggan, namun akhirnya akur selepas dipukul bapa ayam terbabit. Mangsa dipilih seorang pelanggan dan melayan lelaki itu yang memberitahu dia membayar RM1,680 untuk meniduri mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas hampir seminggu dikurung di premis berkenaan, mangsa berjaya meloloskan diri jam 7 pagi, Ahad lalu.

“Ketika itu, tiada siapa di premis berkenaan dan mangsa membuka pintu menggunakan gunting sebelum melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kepong dengan bantuan orang awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH