Doktor Tertinggal Telefon Bimbit di dalam Perut Pesakit
KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan di Jordan didakwa tertinggal telefon bimbitnya dalam abdomen pesakit semasa pembedahan Caesarean bulan lepas.
Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Amman untuk pembedahan Caesarean pada 24 April, laporGulf News.
Difahamkan, atas kecuaian pakar perubatan, telefon bimbit milik doktor berkenaan dijahit bersama semasa membantu pesakit itu melahirkan anak.
Menurut ibu pesakit, Majeda Abdul Hamid, 36, selepas Hanan melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.8 kilogram, dia telah dibawa pulang ke rumah atas kebenaran pakar perubatan.
Tetapi, keadaan menjadi teruk apabila Hanan berada dalam kesakitan setiap hari.
“Anak saya mengalami kesakitan perut yang teruk sehingga dia tidak dapat bergerak.
Saya bergesas kembali ke hospital itu bersama Hanan tetapi mereka memberitahu tidak ada sebarang komplikasi dalam perutnya,” kata Majeda.
Hanan kemudian dibawa ke hospital awam Al Bashir dan pakar perubatan di hospital itu mendedahkan imej objek asing di dalam perutnya semasa pemeriksaan X-ray sebelum dibedah keluar dari perut pesakit.
Kes ini hangat diperkatakan sehingga dibicarakan di Parlimen Jordan, dan seorang ahli parlimen Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan Jordan untuk meletakkan jawatan berikutan skandal yang memalukan ini.
"Parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab atas kes ini,” kata Salim.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae pula berkata, tuduhan ini ‘tidak berasas dan palsu’, namun menyatakan pihak Kementerian akan menyiasat kes ini.-Kohilah Sekaran/AstroAwani/15/5/15


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.