Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Hari Valentine. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 14 Februari 2013

[Video] Ops Hari Kekasih: Budak 13 Tahun Antara yang Dicekup Khalwat




[HM] KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.




P/s: Bila penguat kuasa jabatan agama akan menyerbu hotel bertaraf lima bintang serta lokasi percutian mewah dan eksklusif?



, , ,

Rabu, 22 Februari 2012

Remaja "Hilang" pada Hari Kekasih, Dipercayai Ikut Kekasih Warga Pakistan


Saya petik:

[Kosmo] KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

P/s: Aduhai!




, ,

Rabu, 15 Februari 2012

102 Orang Islam Dicekup pada Malam Hari Kekasih di Johor


Saya petik:

[SH] JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan.

Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara.

Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 malam.

Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa.

Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas.

Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor.



P/s: Yang dinyatakan di atas hanya pasangan yang berjaya dicekup beberapa di hotel bajet dan kawasan awam. Perlu kita ingat bukan semua hotel bajet mampu diserbu oleh pihak berkuasa. Tempoh masa operasi pun hanya sekitar 4 jam. Bagaimana pula dengan remaja yang kemaruk seks yang melampiaskan nafsu di dalam semak, di taman, di kawasan peranginan, di dalam kenderaan, di rumah sewa, dan sebagainya. Bagaimana pula dengan orang Islam yang berzina di hotel-hotel berkelas lima bintang?

Bagaimana di negeri lain?

 


 

,

Selasa, 14 Februari 2012

Apabila Nazri Aziz Kata "Kenapa tidak boleh sambut (Valentine)?" Siapa yang Hairan?

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.
Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."


P/s: Siapa yang hairan apabila Nazri berkata begitu? Tambah-tambah kalau sudah tengok kelaku pemuda yang dikatakan anak-anaknya di Internet.



Harap-harap ada mufti yang dapat memberikan penjelasan kepada menteri UMNO supaya mereka tidak dicemuh orang atau lebih teruk menjadi orang  yang tidak mendapat redha Allah kerana kejahilan mereka  tentang hukum agama.

Bagi sesiapa yang mahu maklumat lanjut tentang Hari Valentine, terutama tentang larangan menyambutnya, sila rujuk artikel di bawah ini, atau klik perkataan "Hari Valentine" di atas kiriman ini.




, ,

Persatuan Ulama Malaysia: Pengharaman Hari Valentine HANYA Untuk Orang Islam


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.

Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.

Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.

Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.

PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya.



P/s: Janganlah ada pemimpin bukan Islam terutama dari Pakatan Rakyat yang menyibuk dalam hal ini. Kalau anda jahil tentang Islam, lebih baik diam sahaja!



Khamis, 9 Februari 2012

Ketua Pemuda PAS Bikin Kontroversi, Kata Orang Islam Boleh Sambut "Hari Kekasih"?


Saya tidak pasti sama ada MK tersalah lapor atau sememangnya Ketua Pemuda PAS tanpa memikir panjang mengatakan orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih/Hari Valentine dengan  syarat:

a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;

b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan

c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

Selanjutnya, sila baca di sini.

Mungkin Nashrudin terlepas cakap tentang hal itu kerana jelas Islam melarang umatnya menyambut perayaan Hari Velentine atas apa-apa sebab pun. Cerita tentang Hari Valentine boleh dibaca di sini.

Mungkin kenyataan awalnya dibidas atau dikomen pembaca, Nashrudin kemudiannya menulis:

1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

2. Apa yang saya tulis di Sambutan Hari Kekasih adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam. Sambung baca di sini.

Barulah jelas! 

Rasanya banyak pengajaran yang boleh diambil jika tidak berhati-hati atau gagal memberikan kenyataan yang jelas.


Ahad, 14 Februari 2010

14 FEBRUARI: Selamat "Menyesatkan" & "Memurtadkan" Diri II


Saya sudah sentuh hal ini pada 1hb Februari yang lalu. Bagi yang belum membacanya, sila klik di sini. Kepada orang Islam yang masih berdegil dan sengaja menjahilkan diri, saya ucapkan sekali lagi:


SELAMAT "MENYESATKAN" & "MEMURTADKAN" DIRI!

Isnin, 1 Februari 2010

14 Februari: Selamat "Menyesatkan" & "Memurtadkan Diri"!



14 Februari datang lagi. Tinggal lagi dua minggu, ribuan, mungkin ratusan ribu, mungkin jutaan umat Islam akan "menyesatkan" diri masing-masing untuk sama-sama meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih (nama yang telah disesuaikan untuk "menghalalkan" sambutan hari tersebut). Memang mengelirukan dan menyesatkan! Walhal secara realitinya kita tidak memerlukan hari tertentu untuk menunjukkan kasih sayang bukan sahaja kepada orang tersayang tetapi juga kepada seluruh umat manusia.

Menjelang malam tersebut, berduyun-duyunlah pasangan yang beragama Islam berkepit-kepit di restoran, panggung wayang, di taman-taman bunga/rekreasi, dan di pusat-pusat beli-belah. Dek kerana terlalu menghayati hari kekasih ada juga gadis-gadis yang singkat akal terpedaya dengan janji manis sehingga mempengaruhi mereka menyerahkan mahkota diri dan terjebak dengan perlakuan zina. Mitos? Sedangkan pada pagi sambutan Hari Kemerdekaan bersepah kondom di sana sini, masakan pula pada Hari Valentine fenomena jijik dan dilaknati Allah ini tidak berlaku.

Menjelang malam tersebut juga, peniaga-peniaga bergerak bertebaran di sana sini membawa bunga ros pelbagai warna. Dengan senyuman manis, mereka memujuk pasangan-pasangan yang tengah mabuk asmara itu membeli dan menghadiahkan bunga tersebut kepada kekasih masing-masing. Bayangkan jika sejambak bunga ros itu dijual semurah RM10, berapakah keuntungan mereka pada malam itu? Durian runtuh, runtuh akhlak!

Bagaimana hari yang menyesatkan umat Islam ini begitu subur dalam kalangan umat Islam? Selain faktor persekitaran, sambutan Hari Valentine kian subur dalam kehidupan remaja Islam kesan daripada promosi di pusat beli belah dan di media massa. Jika ada yang perasan, Hari Valentine ini dipromosikan secara besar-besaran di kaca tv dan di corong radio. Bukan sahaja hari tersebut diuar-uarkan di media milik swasta, malah media milik kerajaan pun turut menyediakan iklan dan slot khas yang memaparkan rancangan atau filem yang berkisar tema hari tersebut. Untuk tahun ini, saya kurang pasti (kerana masih terlalu awal, cuba perhatikan dalam tempoh seminggu atau beberapa hari sebelum "sambutan" hari tersebut), namun pada tahun-tahun yang lalu, memang jelas tv dan radio agak agresif mempromosikan hari tersebut.

Baru-baru ini juga tersiar cerita tentang "no panties promotion" yang tersebar dalam kalangan remaja di ibu kota. Promosi ini meminta pasangan kekasih tidak memakai seluar dalam pada hari tersebut demi menunjukkan kasih sayang kepada kekasihnya. Bayangkan, apa kaitan seluar dalam dengan kasih sayang? Bukankah ini hanya helah untuk menggalakkan perlakuan zina dalam kalangan remaja? Gila!

Sebenarnya ada banyak versi tentang asal usul Hari Valentine. Saya pautkan beberapa pautan rencana yang membicarakan asal usul dan hukum tentang Hari Kekasih atau Hari Valentine untuk panduan kita bersama. Antara artikel/berita yang berkaitan termasuklah:

* Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
* Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
* Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
* Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
* Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
* Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
* JAKIM Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Bagi yang degil dan sengaja menjahilkan diri, saya ucapkan Selamat "Menyesatkan" dan "Memurtadkan" Diri!

Jumaat, 29 Januari 2010

Hari Valentine: Promosi Jangan Pakai "Panties" Jika Sayang Kekasih


Jahanam! Jahanam! Jahanam!
Lahanat! Lahanat! Lahanat!
GILA!

Orang cakap hukum Islam itu menyekat kebebasan manusia, orang cakap Islam itu mengongkong pergaulan manusia, orang cakap hudud itu zalim, orang cakap hukum Islam itu kuno, orang cakap hukum Islam itu sudah tidak relevan.

Mereka kata manusia ada hak asasi, mereka kata manusia boleh menilai tingkah laku mereka, mereka kata nasihat sudah memadai, mereka kata Islam itu sederhana, mereka kata biar Tuhan yang menghukum orang yang salah, mereka tentang hukum Islam kerana hak asasi manusia dan fahaman sekularisme.

Berdasarkan logik akal dan nafsu + keseronakan duniawi, mereka menolak Islam, mereka menolak hukum Islam, mereka mempersenda hukum Allah, mereka bertopengkan muslimin dan muslimat, mereka menolak cara hidup Islam, mereka menolak etika dan nilai moral.

Akhirnya, kita lihat perempuan dan lelaki bebas bergaul, kita lihat akhlak remaja di Malaysia umpama akhlak remaja di Barat, kita baca pelbagai berita tentang kesan seks bebas, kita lihat bayi dicampak di sana sini, kita terkejut apabila mengetahui kanak-kanak seawal 12 tahun sudah menjadi perogol, kita terkejut apabila kanak-kanak seawal 11 tahun sudah menjadi pencabul, kita terkejut apabila kanak-kanak seawal tujuh tahun sudah mengandung dan melahirkan anak, kita terkejut apabila maksiat berlaku di merata-rata tempat, kita terkejut apabila mengetahui remaja terpesong akhlak dan akidahnya di sana sini. Kita terkejut (saya terkejut, tidak tahulah anda) apabila ada kempen "tidak memakai seluar dalam" seperti yang
dilaporkan oleh akhbar di bawah ini.

Adakah hak asasi manusia menggalakkan seks bebas? Adakah agama lain selain Islam menggalakkan seks bebas dan seks di luar nikah? Adakah kita membiarkan semua ini berlaku atas nama kebebasan? Adakah melakukan seks bebas dan seks di luar nikah itu amalan yang diterima secara moral oleh semua orang?

Kita masih bersyukur kerana Malaysia belum dirempuh tsunami seperti di Indonesia, kita masih bersyukur kerana Malaysia belum dimusnahkan oleh gempa sepeti di Haiti, kita masih bersyukur kerana Malaysia masih terselamat daripada bala besar. Tetapi orang masih belum terfikir, adakah selama-lamanya kita akan terselamat jika masih mengamalkan perilaku manusia yang bertopengkan haiwan?

Baca:
[TS] Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH