Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label KIMMA. Papar semua catatan

, ,

Jumaat, 22 Februari 2013

18 000 Ribu Restoran Mamak Cari Bala? Lihat Gambar!!!




Biar betul?

Adakah mereka sudah lupa akan nasib Restoran Ikan Bakar Sekhincan?

Adakah restoran mamak mahu menerima nasib yang sama?

Cuma takut-takut KIMMA yang punya angkara, habis 18 ribu restoran mamak kena boikot!!! -DCM




Rabu, 18 Mei 2011

Dakwa Pembangkang Tawar RM55 Juta....Sekarang Diangkat Jadi Senator. Wow!!!!


Aduhai!

Pertengahan April yang lalu, orang ini "melalak" di surat khabar mendakwa pemimpin pembangkang menawarkan RM55 juta kepada KIMMA agar menyertai pakatan pembangkang. Yang menariknya, orang ini membuat dakwaan, tetapi tidak pula berani mendedahkan nama pemimpin yang menawarkan wang tersebut. Sehingga, walaupun dicabar, orang ini masih gagal mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Sermalam TMI melaporkan orang yang sama dijangka akan mengangkat sumpah sebagai ADN (Senator) dalam beberapa hari. Cerita lanjut fasal pelantikan ini boleh dibaca di sini.

P/s: Kah kah kah! Tidak mahu menuduh, tetapi kaitkanlah cerita di perenggan pertama dengan perenggan kedua.

, ,

Isnin, 18 April 2011

Apa Hebatnya KIMMA Sampai Ditawarkan RM55 Juta? BN pun Tidak Kemaruk kepada Mereka!


Kadang-kadang rasa lawak apabila membaca sesetengah berita yang bersumberkan orang atau pertubuhan tertentu. Hari ini KIMMA mendakwa ditawarkan RM55 juta oleh seorang pemimpin pembangkang untuk menyokong pembangkang? 

Kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader:  “Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.

“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.

“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.

“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, seperti yang dilaporkan oleh BH.

Siapa pemimpin pembangkang yang membuat tawaran itu? Sila dedahkan! Orang ini berani membuat dakwaan kerana tidak menyertakan nama. Tanpa nama, maka tiada sesiapa yang dapat mengambil tindakan undang-undang jika kenyataannya itu berunsur fitnah. Jika benar ada tawaran sedemikian rupa maka, bukti yang kukuh perlu didedahkan bukan sekadar membuat dakwaan untuk menarik perhatian pihak tertentu.

Cuba anda baca frasa yang saya merahkan di atas:  "pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian" Anda faham maksud frasa ini? KIMMA sebelum ini-sehingga kini, sudah banyak kali memohon menjadi parti komponen BN, namun permohonan pertubuhan itu tidak diterima oleh BN. Sehinggalah zaman Najib, KIMMA masih belum diterima sebagai parti komponen. Kalau tidak silap, KIMMA hanya dijadikan ahli bersekutu oleh BN.

Tuntasnya, kalau pertubuhan ini kemaruk sangat dengan BN, tidak mengapalah, tetapi janganlah membuat fitnah.

P/s: Bercakap soal KIMMA-BN, bukankah KIMMA "lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO"? Kah kah kah!!!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH