Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Zambry. Papar semua catatan

,

Khamis, 7 Februari 2013

[Gambar] Zambry, Pegang Bini Siapa, Anak Dara Siapa? Ibu Siapa?


Disalin dan ditampal dari FB. Sumber gambar: Sinar Harian 6.2.2013

, , , ,

Selasa, 15 Mei 2012

[Video Kantoi] Pencacai Tayang Video Edit untuk Jaga Air Muka Pemimpin BN yang Dipucatkan dan Dikedukan Oleh DS Nizar


Alahai penceramah BN siap bawa lari komputer riba. Nampak dengan jelas penceramah menggelabah dan terketar-ketar selepas menoleh ke belakang. Selepas itu, anda dapat mendengar suara penceramah yang BERGEMA walaupun pada skrin langsung tidak kelihatan penceramah itu berkata-kata.

Bagi yang malas membaca, DS Nizar terpaksa beredar dari tapak ceramah UMNO kerana perlu berceramah selepas itu. Menurut berita yang disiarkan sebelum ini, beliau ke tapak ceramah UMNO kerana mahu mendengar sendiri kelentong dan retorik penceramah UMNO. Jadi tidak timbul isu beliau kecut atau takut seperti yang dipusing oleh pencacai UMNO.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam. Laporan lanjut di sini.

Pendek kata, GAGAL!-DCM
 


Perbuatan Zambry yang cuba dipertahankan oleh pencacai BN:




Kemas Kini:

Ulasan lanjut tentang video boleh di baca di ASD.



, , ,

Jumaat, 6 April 2012

[Wajib Baca] Isu Teluk Rubiah: Nizar CABAR Zambry Dedah Semua Dokumen Perjanjian Vale untuk Bukti Pihak yang Berbohong


[HD] IPOH,: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

“Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di Teluk Rubiah jika telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.

“Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA),” ujarnya.

Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

“Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

“Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong,” tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.

“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah,” jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Nizar tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun surat itu hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.




, , , , ,

Ahad, 22 Januari 2012

[Wajib baca] Siapa Zambri Kadir? Apa Sumbangan "TERHEBATnya" untuk Orang Perak?


Saya rasa lebih molek jika anda baca artikel bersiri ini di sumber asal.


Sudah baca?

Kepada orang Melayu yang bertepuk tangan tatkala UMCO merampas Perak dengan cara jijik daripada PR kononnya atas nama Melayu dan Ketuanan Melayu, anda teruslah bertepuk tangan dengan sekuat mungkin walaupun tanah tumpah darah anda kini dalam bahaya, baik dari segi keindahan alam semula jadinya mahupun dari segi keselamatannya. Anda teruslah bertepuk tangan menyanjung Zambri dan BN walaupun saudara-saudara anda di Pangkor mungkin menerima nasib yang sama seperti orang Melayu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu.

Kata orang menang sorak, kampung tergadai!

Bercakap soal Melayu di PP, siapa yang harus dipersalahkan, DAP yang baru setahun jagung memerintah, atau BN yang telah memerintahnya sejak merdeka? Saya tahu, penyokong tegar UMNO akan terus menyalahkan DAP walaupun dakwaan mereka menjelaskan kebodohan dan ketaksuban mereka kepada UMNO walaupun bukti sudah jelas di depan mata (rujuklah blog yang menulis tentang isu ini).
 
Bercakap soal kepentingan, hak, dan harta orang Melayu yang tergadai dari semasa ke semasa, masih banyak lagi orang yang buta mata dan hati sehingga sukar memikirkan hal itu secara realitinya. Soalan mudah, siapa yang memerintah Malaysia sejak negara ini merdeka? Orang yang memerintah inilah yang mempunyai kuasa dan bertindak menghalalkan perbuatan-perbuatan tersebut. Yang kita hairan, puak yang bertanggungjawab, tiap-tiap hari menyalahkan DAP dan PKR, walhal apalah kuasa yang ada pada mereka untuk menjual harta Melayu. Puak yang mendengar kelentong pemimpin mereka ini tanpa menggunakan akal yang diberi oleh Allah, terus mempercayainya bulat-bulat, tanpa langsung memikirkan logiknya.

Contohnya, pendedahan yang telah anda baca pada pautan di atas. Sebelum rampasan kuasa, puak UMNO menuduh DAP dan PKR memberikan tanah kepada orang Cina, walhal orang Cina itu memang layak menerimanya kerana tanah-tanah tersebut adalah tapak rumah mereka. Macam-macam tuduhan dilemparkan, walaupun pelbagai kebaikan cuba diusahakan oleh kerajaan PR pada ketika itu tanpa mengira kaum. Saya tidak mahu tulis panjang panjang-panjang. Cuba klik untuk mengimbas sejarah rampasan kuasa di Perak di sini, di sini.

Apa jadi kepada orang Melayu sebelum dan selepas Perak dirampas oleh UMNO?

Bagi orang jatuh kepada kategori bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut, saya simpati. Apa yang boleh saya tolong untuk menyedarkan mereka? Tidak cukup dengan pendedahan MSK, pendedahan DS Nizar di atas, tontonlah pula bukti lisan berkaitan dengan hak orang Melayu di sini. Tolong dengar butiran yang diperkatakan oleh tokoh Melayu itu betul-betul. Tolong catat jumlah tanah rezab Melayu yang dijual dan digadai oleh UMNO atas nama pembangunan dan macam-macam lagi alasan. Kemudian fikir baik-baik! Siapa yang untung, siapa pula yang rugi? Siapa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu?




, ,

Isnin, 22 November 2010

Zambry Kini "JUTAWAN"

"Aku kaya! Aku kaya! Aku kaya!" Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 22 Nov — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.

Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din hari ini menerima permohonan Zambry bagi memasukkan penghakiman terhadap empat defendan.

Peguam Zambry menyifatkan keputusan itu sebagai “judgment on liability” mengambil kira tuntutan anak guamnya terhadap para defendan.

Pada 25 Februari lepas, Zambry memfailkan saman fitnah di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas — Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

,

Rabu, 10 November 2010

Fatwa Harussani: MB Perak Tidak Syirik dan Khurafat


Saya tidak mahu mengulas panjang kerana isu ini sudah berkali-kali diperkatakan di blog-blog lain. Hari ini BH menyiarkan "fatwa" Mufti Perak berkaitan dengan dakwaan bahawa MB Perak terlibat dalam upacara syirik dan khurafat. Malangnya, hujah yang diutarakan oleh mufti ini sangat rapuh. Katanya, MB Perak tidak syirik kerana MB Perak hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat. Habis daun dan kain merah yang menyerupai tangkal itu mahu dipanggil apa oleh tuan mufti ini? Sedangkan tangkal itu sudah jelas bersifat syirik dan khurafat. Apa tujuan mereka meletakkan ancak pada tiang seri rumah itu? Bagaimana pula perlakuan MB ini merenjis-renjis pangkal tiang seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini?

Dalam berita di bawah ini, Harussani juga secara tidak langsung mendedahkan betapa jahilnya MB mahkamah yang disokongnya itu tentang agama. Katanya, "...Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik." Seorang MB Melayu Islam tidak tahu upacara ancak itu suatu perlakuan yang bersifat syirik dan khuarafat. Walhal seseorang itu tidak memerlukan PHD untuk mengetahui hukum agama tentang perbuatan yang ditegah oleh agama.

Saya petik:
[BH] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik. 

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.
P/s: Semalam Pemuda PAS mencabar Zambry agar bersemuka dengan mereka. Saya kira Pemuda PAS tersebut wajar bersemuka dengan tuan mufti ini sekali.

 
 Zambry semasa upacara ancak di Kampung Guar Manong 
(Sebelah kampung teman je wei!)




,

Jumaat, 29 Oktober 2010

Zambry Tidak Jawab Tuduhan Khurafat, Hanya Berani Kata...



...mainan politik. Adakah ketika disoal di akhirat nanti Zambry akan menjawab di depan Tuhan begitu? "Mainan politik. Itu semua mainan politik. Ya, itu semua mainan politik. Mainan politik semata-mata."

Ada beza Datuk, antara jampi sarapah, jamu jin dengan pegang lilin!

Saya petik:
[Bernama]LUMUT: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan mendakwa beliau meneruskan amalan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Manong, Kuala Kangsar dua minggu lepas sebagai bermotifkan politik semata-mata.

Menurutnya, sudah menjadi amalan pihak pembangkang untuk mencari sebarang isu yang boleh diputar-belitkan demi kepentingan politik mereka.

"Isu seperti inilah yang bakal mereka jaja tetapi bertindak mendiamkan diri sekiranya pemimpin mereka walaupun secara terang-terang mengamalkan perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Kampung Batu 3, Segari di sini.

Dr Zambry berkata semasa Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) memperingati kematian (Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor) Teoh Beng Hock, tiada pula teguran dibuat.

Ketika merasmikan program IBU di Kampung Guar, Dr Zambry didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan sebuah rumah orang kurang upaya.

Berikutan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada Mufti Perak kerana upacara itu dianggap "khurafat dan syirik".

, ,

Selasa, 4 Mei 2010

Zambry Boneka MCA di Perak?

Cerita politik lidah bercabang Ketuanan UMNO. Hari itu berkaitan dengan MIC, hari ini berkaitan dengan MCA. Suatu kiriman yang baik untuk menunjukkan hipokrisi UMNO dalam isu yang membabitkan kaum lain. Saya petik:

Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.

Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

Peruntukan RM 200 ribu itu pula tidak diberi secara tunai, mesti dipohon melalui projek-projek kecil pembangunan di Dun masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan tersebut masih boleh digunakan untuk tujuan sumbangan kebajikan kepada wakil rakyat, JKKK, persatuan-persatuan, Ngo, belia dan yang seumpamanya...

...Cuba bayangkan kalau Hj Nizar sebagai MB Perak dulu umumkan peruntukan kepada setiap DAP Bahagian hanya RM 10 ribu sahaja, saya percaya setiap hari media arus perdana akan jadikan isu utama akhbar, UMNO dan wakil-wakil rakyat mereka sudah pasti akan gunakan isu ini untuk bangkitkan sentimen perkauman. Inilah UMNO BN.

...lanjut sila ke blog Misbahul Munir.

, ,

Khamis, 1 April 2010

Tolong tanya pada DIA!

(Nyeghroyhin le mike puas-puas!)

Tolong tanya MB Mahkamah itu:


- Respons Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Zambry Abd Kadir yang dilabelkannya sebagai "bankrupt politician" apabila mendakwa dirinya pernah ditawarkan jawatan MB jika melompat parti.

Persoalan: Mengapa baru sekarang MB Mahkamah ini mendedahkan hal ini? Apa buktinya? Walhal dia boleh sahaja merakamkan perbualan tersebut jika perkara itu benar-benar berlaku. Jika perkara itu benar-benar berlaku, maka sudah tentu hal itu merupakan "peluru" politik yang amat berguna ditembak sejak dahulu lagi, sejak krisis politik di Perak bermula, sejak timbul cerita 16 Sept. Mengapa "peluru" itu ditembak sekarang? Selepas 2 tahun! Apa kepentingannya? Macam ada skrip & pengarah ...bermula di Parlimen kemudiannya beralih pula ke Dewan Undangan Negeri...?

,

Rabu, 9 September 2009

MAKKAL SAKHTI kini MAKKAL ZAMBRY?

...susah mahu bercerita apabila lidah manusia mudah membuat pusingan U... "makkal sakhti, makkal sakhti" opppppssss "makkal zambry, makkal zambry...!"...Benarkah kumpulan ini penyokong Makkal Sakhti? Adakah suara gerombolan 50 orang ini mewakili Makkal Sahkti? Benarkah tindakan PR yang dikatakan "bodoh" itu menghuru-harakan Perak? Siapa yang huru-hara, Zambry atau rakyat?

Apa nak jadi? 1MALAYSIA main drama, main wayang, akhirnya kita tertanya-tanya siapakah yang benar-benar berjuang untuk keadilan dan kesejahteraan negara serta rakyat? Siapakah yang mampu memperjuangkan prinsip tanpa mudah digoda oleh kepentingan dunia dan peribadi?



[MSTAR] 9 Sept - Lebih 50 orang penyokong Makkal Sakthi mahu pakatan pembangkang DAPPKRPAS di Perak menghentikan perbuatan yang menimbulkan kekacauan dan keadaan huru-hara kerana situasi itu amat menyusahkan kehidupan rakyat di negeri itu.
Mereka mahu pihak pembangkang memahami keadaan masyarakat di negeri itu yang mahu kehidupan aman dan harmoni tanpa diganggugugat oleh tindakan 'bodoh' pembangkang yang hanya memikirkan kepentingan politik mereka sahaja.
Wakil kumpulan penyokong itu L.S Mahindran berkata sekiranya pembangkang mahu berbuat demikian, mereka perlu menunggu tempoh tiga tahun lagi iaitu ketika pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Biarlah rakyat Perak hidup senang. Jangan kacau-kacau lagi, kalau nak kacau tunggulah tiga tahun lagi. Keadaan seperti ini (huru-hara akibat perbuatan pembangkang) memang menyusahkan kehidupan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata sebagai rakyat biasa di Perak, mereka menyokong siapa yang membantu mereka iaitu kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bukan pakatan pembangkang. Katanya sebagai rakyat biasa mereka juga akan mementingkan sokongan kepada pihak kerajaan negeri di bawah Zambry kerana pembangkang hanya mengutamakan kepentingan politik masing-masing.
Kumpulan penyokong Makkal Sakthi itu turut menafikan dakwaan sebuah blog pembangkang yang melabel mereka sebagai samseng yang mendapat habuan untuk mengganggu 'persidangan Dewan Undangan Negeri' pada 2 Sept lepas.

,

Sabtu, 23 Mei 2009

MB PERAK: KEDUDUKAN ZAMBRY BELUM SELAMAT

SAYA MASIH KEPENING-PENINGAN MELIHAT DAN MEMBACA KECACAMARBAAN MANUSIA-MANUSIA MEMBUAT INTEPRITASI TERHADAP UNDANG-UNDANG CIPTAAN MEREKA. SEORANG KATA BEGINI, TIGA ORANG LAGI BERKATA BEGINI. AKHIRNYA, KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR. NAMUN, EPISOD KECACAMARBAAN INI MASIH BELUM BERAKHIR.

SELEPAS INI, EPISOD KECACAMARBAAN INI MUNGKIN AKAN DIDENGARI OLEH LIMA ORANG INTEPRETOR. ADAKAH KATA-KATA LIMA ORANG INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG INTEPRETOR ITU TADI? IKUT LOGIK SUDAH TENTULAH KATA-KATA LIMA ORANG INTEPRETOR INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG TADI SEPERTI KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI MENGILAFKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR TADI. ITULAH INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA TERHADAP PERTIMBANGAN DAN IDEA INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA.

SAMPAI TAHAP BEGITU PENULIS MEMBUAT KESIMPULAN TERHADAP KECACAMARBAAN YANG BERLAKU. PADA PENULIS, DALAM HAL INI, INTEPRETOR YANG TERBAIK IALAH KITA SEMUA.

"PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang semalam, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain
."- Mstar Online

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH