Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label pembunuhan di Tapah. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 5 November 2015

Kes Pembunuhan di Tapah: Apa dilakukan Suspek Seperti Binatang - Abang Mangsa




Dua beradik, Eng Chee Meng @ Gurunathan dan Ng Uma Dewi yang merupakan waris mangsa pembunuhan Ng Ah Len @Mohan ditemubual media di lokasi kejadian kes bunuh di bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang dekat sini. - Gambar Bernama

TAPAH: "Apa yang dilakukan mereka (suspek) tidak ubah seperti binatang, kami sekeluarga tak akan maafkan mereka dan harap hukuman berat menanti mereka," kata Ng Chee Meng @ Kurunadan.

Ng, 47, merupakan abang kepada seorang daripada mangsa berusia 36 tahun, dipercayai dibunuh empat sekeluarga di sekitar bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang di sini.

Beliau berkata kali terakhir berjumpa dengan adiknya yang bekerja di bengkel suspek, ialah sekitar Ogos dan September, tiga tahun lalu di sebuah restoran di Tapah.

"Saya mahu hukuman paling dahsyat dikenakan. Perlakuan seperti binatang. Binatang tidak ada akal, tidak tahu baik buruk, tetapi manusia ada akal yang boleh menentukan baik buruk," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Menurut Ng, adiknya pernah berkata suspek ada meminjam duit sebanyak RM2,000 daripadanya tetapi enggan membayar semula.

"Lebih sakit hati apabila suspek berpura-pura menghubunginya serta anggota keluarga lain, kononnya mengambil berat setelah adiknya 'hilang' dan tidak datang bekerja.

"Dalam tempoh seminggu adik hilang, dia ada hubungi adik bongsu saya tanya mengenainya. Rupa-rupanya dia berpura-pura sahaja," katanya.




Sementara itu, adik bongsu mangsa, Ng Uma Devi, 36, berkata seluruh anggota keluarga tidak dapat menerima pembunuhan itu.

Katanya, mangsa seorang yang pendiam, baik dengan keluarga dan sentiasakomited dengan kerja yang dilakukan.

"Mereka menganiaya, menyeksa, membunuh ahli keluarga kami. Kami mahukan hukuman setimpal, hutang nyawa perlu dibalas nyawa," katanya. -Bernama/5/11/15

Berkaitan:

Kes bunuh Tapah: Tiada lagi siasatan di tempat kejadian


Anggota polis membawa dua suspek meninjau lokasi kejadian kes pembunuhan bagi membantu siasatan polis di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Pahang dekat sini. - Gambar Bernama

TAPAH: Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata mulai Khamis, siasatan di tempat kejadian pembunuhan kejam membabitkan sekurang-kurangnya empat individu di Jalan Pahang, Tapah dihentikan.

Beliau berkata bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan dengan lebih terperinci kes pembunuhan itu.

"Untuk makluman, bermula esok tiada lagi siasatan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Isnin lepas, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 70 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Okt lepas.




Semua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar dan tulang serta abu mayat dibuang ke Sungai Ceroh yang mengalir di belakang bengkel berkenaan.

Susulan itu, polis membongkar kehilangan tiga lagi individu yang dipercayai mangsa pembunuhan kejam di bengkel sama dan polis percaya ada orang lain yang menjadi mangsa keluarga berkenaan. -Bernama/5/11/15

Kes bunuh Tapah: Polis temui gigi dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa


Anggota polis forensik mengutip dua barang kes yang dijumpai di lokasi bengkel membaiki kenderaan di Jalan Pahang dekat Tapah, Rabu. Barang-barang ini dipercayai berkaitan dengan siasatan polis ke atas kes pembunuhan empat individu. - Gambar Bernama

TAPAH: Polis menemui gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa bunuh di sekitar kawasan rumah suspek di Jalan Pahang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri ACP Goh Kok Liang berkata kesemua barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Jabatan Kimia untuk tujuan post-mortem dan analisis DNA, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati polis membawa keluar barangan yang ditemui pada kira-kira 5.30 petang dari kawasan rumah suspek.

Goh berkata sehingga petang ini, tiada laporan mengenai mangsa lain yang dibunuh atau sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Isnin lepas polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Okt lepas.

Mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini. -Bernama/4/11/15



, ,

Isnin, 2 November 2015

[Video] Pembunuhan Kejam di Tapah: Empat Sekeluarga Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Empat Kes Bunuh


IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas.

"Pasangan suami isteri yang ditahan itu berusia 57 (suami) dan 54 tahun (isteri) manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia 20 dan 17 tahun.

"Suspek berusia 57 tahun itu bekerja sebagai mekanik manakala isterinya seorang suri rumah. Sementara itu, anak lelaki yang berumur 20 tahun bekerja sebagai mekanik dan seorang lagi tidak mempunyai pekerjaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini Isnin.Hasnan berkata hasil siasatan awal mendapati, bapa serta anak lelakinya yang berusia 20 tahun itu terlibat dengan kes kehilangan mangsa pertama dan maklumat mendedahkan mangsa dibunuh dan dibakar di bengkel milik suspek.

"Sisa pembakaran telah dibuang di dalam sungai yang berhampiran manakala motosikal mangsa ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Cameron Highlands.

"Siasatan lanjut terhadap suspek turut mendedahkan tiga lagi mangsa hilang di sekitar kawasan Tapah dipercayai telah dibunuh dan dibakar dengan modus operandi yang sama.

"Mangsa-mangsa itu ialah seorang wanita berusia 56 tahun, bekerja sebagai pengusaha bas dan dilapor hilang pada 1 Mac 2014, seorang lelaki berumur 24 tahun bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan, dilapor hilang pada 15 Jun tahun yang sama dan seorang lelaki berusia berusia 36 tahun, bekerja di bengkel milik suspek yang dilapor hilang pada 30 Oktober 2012," katanya.

Hasnan berkata Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menjalankan siasatan di beberapa kawasan kejadian.

Menurut Hasnan, beberapa sampel tulang yang dijumpai di sekitar kawasan kejadian telah dihantar ke HRPB untuk menjalani proses mengenal pasti asid deoksiribonukleik (DNA).

Beliau berkata suspek berusia 57 tahun itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau antaranya pecah rumah, tipu, mencuri dan pecah amanah.

Hasnan berkata motif pembunuhan disebabkan hal berkaitan dengan hutang, penjualan tanah yang gagal serta seorang daripada mangsa dibunuh dipercayai mencuri barang hak milik suspek.

"Kita sedang menyiasat kemungkinan ada lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini dan siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan reman sejak 27 Oktober lepas, disambung reman selama lima hari bermula pada Isnin bagi membantu siasatan.

Terdahulu, di Mahkamah Tapah pada Isnin, polis mendapat perintah untuk melanjutkan tempoh reman terhadap empat suspek itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak di Mahkamah Majistret.

Tinjauan di lokasi kejadian yang juga merupakan rumah suspek di Batu 1, Jalan Pahang, Tapah mendapati rumah berkenaan yang turut menempatkan bengkel membaiki kenderaan dilihat tidak berpenghuni selain terdapat lebih 20 ekor anjing berkeliaran di kawasan rumah berkenaan. - BERNAMA/2/11/15



Berita awal di sini.


, ,

Pembunuhan Kejam: Bakar, Tanam dan Buang ke dalam Sungai



Tapah: Polis tahan empat sekeluarga dipercayai terbabit dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat mangsa dengan cara membakar, menanam dan membuang tulang dan abu mayat mangsa ke dalam sungai dalam kejadian di bengkel bas di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini.

Difahamkan, jenayah kejam itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan polis berdasarkan laporan polis dibuat oleh ahli keluarga seorang daripada mangsa hingga suspek berjaya diberkas pada 26 Oktober lalu.

Suspek utama yang juga pemilik bengkel berkenaan ditahan di rumahnya yang juga dikawasan bengkel terbabit bersama isteri serta dua anaknya dan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.

Keempat-empat suspek berkenaan juga disambung reman pada hari ini oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak selama empat hari lagi bagi membantu siasatan polis

Menurut sumber, seorang daripada mangsa adalah ejen hartanah berusia 46 tahun berasal dari Chenderiang, dekat sini pada hujung Ogos lalu.

"Semua mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dipukul sebelum dibakar di atas zink dan kemudian serpihan tulang serta abu dibuang ke dalam sungai berhampiran.

"Ejen hartanah itu dipercayai dibunuh dan ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 5, Jalan Pahang, kira-kira 10 kilometer dari bengkel suspek.

"Berpandukan soal siasat terhadap suspek polis kemudian menemui beberapa serpihan tulang dipercayai milik mangsa lain yang dibuang ke dalam sungai," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di bengkel berkenaan hari ini mendapati polis sudah selesai menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit.

Kawasan bengkel berkenaan dipenuhi dengan kira-kira 30 ekor anjing dipercayai milik suspek dan difahamkan rumah dan bengkel berkenaan disewa oleh suspek daripada seorang penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, setakat ini siasatan mendapati terdapat pelbagai motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan sidang media mengenai kes itu akan dibuat oleh Polis Perak pada hari ini. -Harian Metro/2/11/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH