Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 25 September 2014

[Gambar] Derita Budak Ular





Sumber foto di sini.
[Harian Metro] Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular.

Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa.

Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit.

Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.

“Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala,” katanya.

Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean.

Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya.

Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak.

“Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.

“Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan,” katanya.

Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu.

“Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya.

“Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain,” katanya.

Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - 25/9/14



,

Kerana Cinta, Budak 15 Tahun Minum Racun Rumpai

MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.

Penangan Cinta

[Harian Metro] Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 

Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. 

“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.

“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Arifin Salleh dan Jaafar Mulup/25/9/14


,

Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhi Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan


[Mstar] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.

Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.

Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.

Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.

Hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.

Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini.

Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.

Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu. -STEPHANIE LEE/25/9/14


,

Selepas Khianat dan Tidak Sokong PR dalam Krisis MB, PAS Bertegas Mahu 4 Exco di Selangor


PAS Bertegas Mahu 4 Exco di S'gor

[Malaysia Kini] PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empatorang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statementtersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau. - 24/9/14


Ps/: Rakyat tahu semasa krisis MB di Selangor, kesemua Adun PAS kecuali Saari dan Hasnul menyokong Kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim (PUKI). Rakyat juga tahu semua Adun PKR dan DAP menyokong Kerajaan PR dan calon MB PR. Sekarang ramai yang tahu bahawa nama Azmin tiada dalam senarai akhir calon MB pak lebai.

Nama Azmin dan WAWI hanya dicadangkan dalam mesyuarat AJK Pusat saja sebelum divetokan oleh kata pemutus pak lebai. Pelantikan Azmin ini budi bicara sultan.

Patutlah marah benar orang kuat Azmin, MP Ampang.

Yang hairan, waktu pemilihan dan pelantikan exco geng "kami tak pelahap jawatang" marah benar dengan cadangan MP Ampang yang secara peribadi mahu geng pak lebai diberi kerusi sagu hati saja atas alasan tidak menyokong calon MB PKR dan tiada semangat setiakawang.

Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada Azmin dan pimpinan PR di Selangor. Langkah Kajang yang admin sendiri kritik sejak awal mendedahkan macam-macam.


, ,

Rabu, 24 September 2014

Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan




[The Malaysian Insider] Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.

"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.

Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100 bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.

"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.

PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – The Malaysian Insider, 24 September, 2014.


P/s: Mari kita bercuti 3 bulan dan lihat apa yang akan berlaku.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH