Lanjutan Wanita Direjam dengan Bata: Iqbal Bunuh Isteri Pertama untuk Bersama dengan Farzana
Iqbal memegang gambar isterinya Farzana. |
[HM] Lahore: Suami wanita hamil yang dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semalam mengaku membunuh isteri pertamanya kerana mahu bersama wanita itu.
Farzana Parveen, 25, dihentak dengan bata oleh 20 anggota keluarganya di depan Mahkamah Tinggi Lahore.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi selepas laporan menyatakan polis tidak bertindak menghalangnya.
Semalam, suami mangsa mengaku membunuh isteri pertamanya supaya dapat berkahwin dengan Farzana.
Dia juga mendedahkan, kakak Farzana juga dibunuh oleh anggota keluarganya atas dasar membela maruah keluarga.
“Saya membunuh isteri pertama saya kerana cintakan Farzana,” kata Mohammed Iqbal, 45.
Menurutnya, dia tidak dipenjarakan kerana anaknya yang melaporkan pembunuhan itu menarik balik tuduhan.
Dia kemudian mematikan telefonnya dan enggan menjawab panggilan seterusnya.
Terdahulu, dalam perbualan itu, dia mendakwa kakak Razana, Rehana diracun keluarga selepas bapanya bergaduh dengan keluarga mentuanya.
Si bapa mendesak Rehana meninggalkan suaminya, tetapi dia enggan.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Iqbal menyelar polis kerana enggan membantu menyelamatkan nyawa isterinya.
Mayat Farzana dikebumikan kira-kira jam 2 pagi dengan dihadiri keluarga Iqbal.
Menurut mereka, tindakan itu diambil kerana keadaan mayat mangsa yang begitu teruk.- Agensi/31/5/14
Berita awal di sini.
Lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.