Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 15 Mei 2014

Kes Rogol, Mula-mula SUKA-BERAHI...



[SH] SABAK BERNAM – Hasrat bersuka ria seorang pelajar tingkatan tiga bersama rakan-rakannya pergi bercuti ke Port Dickson menjadi igauan ngeri apabila dia dirogol teman lelakinya di rumah rakannya sehari sebelum ke pantai peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dirogol teman lelakinya kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 21 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai bermalam di rumah seorang rakan perempuannya di Kampung Nelayan Sungai Besar bersama rakan-rakannya yang lain termasuk suspek berusia 16 tahun sebelum bertolak ke Port Dickson keesokannya.

“Difahamkan semasa kejadian, rakan-rakan mangsa keluar makan malam dan ibu bapa rakan mangsa ketika itu sedang lena tidur, sementara mangsa tidak keluar dan berada di ruang tamu sebelum dia didatangi suspek,” katanya.

Noor Mushar berkata, suspek kemudian mengajak teman wanitanya itu ke bilik tidur sebelum menodai mangsa dengan menyuruhnya membuka pakaian sebelum bertindak merogol mangsa.

“Suspek yang seakan ketagih dengan perbuatannya itu, sekali lagi mengajak mangsa datang ke rumahnya di Parit Baru Sungai Air Tawar kira-kira jam 6.45 petang pada 7 April lalu sewaktu ibu bapa suspek tiada di rumah.

“Sebaik mangsa sampai di rumah suspek, suspek yang tidak dapat mengawal nafsunya menarik tangan mangsa masuk ke sebuah bilik dan merogolnya sekali lagi,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa mula curiga dengan suspek yang seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan tersebut kemudiannya menceritakan kepada ibu bapanya sebelum dia membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam keesokannya di Pondok Polis Parit Baru Sungai Air Tawar dan di reman sehingga Jumaat (esok) bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -15/5/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH