Kepala Tertinggal di Lokasi Kemalangan
TEMAN lelaki mangsa menangis sambil memeluk mayat mangsa di lokasi kejadian. |
[HM] Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang.
Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan.
Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya. -Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail/15/5/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.