Mewahnya Rumah Bekas Pembantu Rumah Rais, Dari Mana Sumber Kewangannya?
[KD] Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan,
Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah
hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara
asalnya.
Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.

Menurut
Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar
wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah
sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini
sangat daif.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.
“Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?”
“Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa,” katanya lagi.
Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.