[PANAS] Khalid dan Salahuddin PUTUSKAN Hubungan dengan Nasharuddin Mat Isa?
[MK] Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin
Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden
Nasharuddin Mat Isa.
Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.
Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".
"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.
"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.
"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.
Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.
"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.

P/s: Benarkah Salahuddin dan Khalid Samad berkata demikian?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.