Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Rabu, 10 Oktober 2012

Doa Malaysia Jadi Negara Kristian: DAP Nafi Dakwaan Nasharuddin Mat Isa



[MK] DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.

Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.

Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.

"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.


Berita Berkaitan:

DAP gesa Nasharudin minta maaf

[SH] KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu.

"Kami jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian.

"Kenyataan Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dipetik satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'.

Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu.

Mengulas lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi.




P/s: Berdasarkan laporan di TMI, DAP akan membuat laporan polis tentang hal ini.

 Bagi Nasha, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan ahli DAP yang lain beragama Kristian.

Lawak yang tidak masuk akal langsung!

Bagi yang mempercayai dakyah Nasha, tolonglah fahami Perlembagaan Malaysia dan logik di balik dakwaan gila itu!

Seperkara lagi, jika benar sekalipun, apa hak kita untuk menghalang doa penganut agama lain? Sudahkah Si Nasha ini lupa siapa yang memakbulkan doa sehingga dia takut doa yang berbunyi demikian?



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH