[SH] KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.
Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.
Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.
Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu.
P/s: Ejen perpaduan ini memang tidak pernah mengenal erti putus asa. Kalau dulu tutur katanya berlapik, sekarang sudah terang-terangan.
Cuba tanya Nasha, kalau UMNO dan PAS "bernikah", MIC, Gerakan, MCA dan belasan parti komponen BN yang lain nak dicampak ke mana? Dia sendiri mengatakan kemenangan islam tidak pernah dibantu oleh orang bukan Islam.
Tambah mengelirukan kita, Si Nasha ini mengajak PAS berpadu dengan UMNO, parti yang dikaitkan dengan rasuah dan pemimpinnya pula menghina dan memperlekeh hudud dan negara Islam. Malah bekas Presidennya mengatakan bahawa hudud itu ciptaan manusia dan pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina nabi.
Bukan itu sahaja, parti komponen BN dan pemimpinnya juga lancang menghina Islam!
Penyokong Nasha, anda tentu tentu suka idea bernas ini!
Nasha hg dok jilat pungkoq najib satu ketika dulu utk d lantik menteri kerajaan perpaduan tu bukan gila kuasa ke
Comment by Unknown @ Selasa, Oktober 09, 2012 10:20:00 PTGPerpaduan boleh dengan syarat semua menteri UMNO yang rasuah dan salah guna kuasa berundur (dan menjalani hukuman jika terbukti bersalah) dan beri kepada kepimpinan PAS yang beramanah untuk ambil alih......tapi tak termasuk Nasya sebab dia ni gunting dalam lipatan. Ada berani?
Comment by sizzly7761 @ Rabu, Oktober 10, 2012 1:30:00 PTG