Penulis Buku "Rich Dad, Poor Dad" Fail Kebankrapan Korporat
Robert Kiyosaki, lelaki di balik siri buku motivasi Rich Dad, Poor Dad dilaporkan telah memfailkan kebankrapan terhadap satu daripada syarikatnya selepas kalah dalam penghakiman bernilai AS24 juta (RM75 juta).
Rich Global LLC telah diperintahkan untuk membayar sebanyak AS23,687,957.21 kepada Learning Annex serta pengasas dan pengerusinya, Bill Zanker, lapor Daily Mail.
Zanker mendakwa bahawa beliau bertanggungjawab menjadikan Rich Dad, Poor Dad sebagai nama global hari ini.
Kiyosaki bekerjasama dengan Learning Annex untuk menganjurkan beberapa acara berprofil tinggi termasuk acara di Madison Square Garden.
Juri Mahkamah Daerah AS memutuskan bahawa Zanker dan Learning Annex berhak untuk mendapat peratusan tertentu daripada keuntungan hasil penglibatan mereka.
Kiyosaki telah menulis lebih 15 buah buku dan jumlah jualannya melebihi 26 juta salinan. Tiga buah buku beliau Rich Dad Poor Dad, Rich Dad's Cashflow Quadrant dan Rich Dad's Guide to Investing berjaya menduduki senarai pertama antara 10 buku paling laris dalam The Wall Street Journal, USA Today dan New York Times. -DCM/AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.