Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label jutawan. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 11 Oktober 2012

Penulis Buku "Rich Dad, Poor Dad" Fail Kebankrapan Korporat




Robert Kiyosaki, lelaki di balik siri buku motivasi Rich Dad, Poor Dad dilaporkan telah memfailkan kebankrapan terhadap satu daripada syarikatnya selepas kalah dalam penghakiman bernilai AS24 juta (RM75 juta).

Rich Global LLC telah diperintahkan untuk membayar sebanyak AS23,687,957.21 kepada Learning Annex serta pengasas dan pengerusinya, Bill Zanker, lapor Daily Mail.

Zanker mendakwa bahawa beliau bertanggungjawab menjadikan Rich Dad, Poor Dad sebagai nama global hari ini.

Kiyosaki bekerjasama dengan Learning Annex untuk menganjurkan beberapa acara berprofil tinggi termasuk acara di Madison Square Garden.

Juri Mahkamah Daerah AS memutuskan bahawa Zanker dan Learning Annex berhak untuk mendapat peratusan tertentu daripada keuntungan hasil penglibatan mereka.

Kiyosaki telah menulis lebih 15 buah buku dan jumlah jualannya melebihi 26 juta salinan. Tiga buah buku beliau Rich Dad Poor Dad, Rich Dad's Cashflow Quadrant dan Rich Dad's Guide to Investing berjaya menduduki senarai pertama antara 10 buku paling laris dalam The Wall Street Journal, USA Today dan New York Times. -DCM/AFP


Cerita lanjut di sini.





,

Jumaat, 3 Februari 2012

1000 Kakitangan Facebook Bakal Bergelar JUTAWAN


Saya petik:

[HM] LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM


SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.     

,

Khamis, 28 Julai 2011

Gambar Kapal Bersalut Emas Dikaitkan dengan Robert Kuok Didakwa PALSU

Palsu
Gambar asal

Cerita awal tentang kapal layar mewah ini ada disiarkan di DCM, sila klik di sini.

Hari ini, DC melaporkan Baia, syarikat pembina kapal layar Itali mendakwa bahawa kapal layar bernilai RM14.5 bilion emas yang kononnya dibeli oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia adalah PALSU, dan gambar-gambar itu dipercayai telah dimanipulasi secara digital.

 
Pengurus jualan Baia, Mario Boselli berkata tidak ada bot emas dan cerita itu direka oleh pereka British.

 
"Kami hanya mempunyai bot biasa di sini, bukan bot emas. Cerita tentang bot emas itu adalah satu cerita bodoh dan tiada kena-mengena dengan kami.

 
"Mereka mengambil gambar dari laman sesawang kami tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual melalui telefon semalam.

 
Majalah tentang bot dan kapal layar Britian  menerbitkan ssebuah artikel dalam laman sesawangnya yang memuatkan kenyataan Borselli bahawa kapal layar itu adalah palsu.

 
Dia berkata akan menulis kepada pereka British agar mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari laman sesawangnya tetapi menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka tersebut.

 
Gambar-gambar model kapal "One Hundred" didakwa digunakan untuk artikel yang diterbitkan dalam akhbar The Sun tentang kapal layar sepanjang 31m yang dikenal sebagai "History Supreme".

 
Artikel itu mendakwa kapal layar itu disalut dengan 100 tan logam dan batu permata yang berharga, meredah arus ombak di  Malaysia sehingga membuatkan banyak pihak membuat spekulasi tentang gerangan pemiliknya.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH