Gambar Kapal Bersalut Emas Dikaitkan dengan Robert Kuok Didakwa PALSU
Palsu |
Hari ini, DC melaporkan Baia, syarikat pembina kapal layar Itali mendakwa bahawa kapal layar bernilai RM14.5 bilion emas yang kononnya dibeli oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia adalah PALSU, dan gambar-gambar itu dipercayai telah dimanipulasi secara digital.
Pengurus jualan Baia, Mario Boselli berkata tidak ada bot emas dan cerita itu direka oleh pereka British.
"Kami hanya mempunyai bot biasa di sini, bukan bot emas. Cerita tentang bot emas itu adalah satu cerita bodoh dan tiada kena-mengena dengan kami.
"Mereka mengambil gambar dari laman sesawang kami tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual melalui telefon semalam.
Majalah tentang bot dan kapal layar Britian menerbitkan ssebuah artikel dalam laman sesawangnya yang memuatkan kenyataan Borselli bahawa kapal layar itu adalah palsu.
Dia berkata akan menulis kepada pereka British agar mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari laman sesawangnya tetapi menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka tersebut.
Gambar-gambar model kapal "One Hundred" didakwa digunakan untuk artikel yang diterbitkan dalam akhbar The Sun tentang kapal layar sepanjang 31m yang dikenal sebagai "History Supreme".
Artikel itu mendakwa kapal layar itu disalut dengan 100 tan logam dan batu permata yang berharga, meredah arus ombak di Malaysia sehingga membuatkan banyak pihak membuat spekulasi tentang gerangan pemiliknya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.