Siasatan di Perancis Tumpu Kaitan Altantuya-Scorpene
Saya petik:
[MK] Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.
Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.
Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.
Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."
Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?
Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.
Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.
Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.
Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.
Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.
Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.
P/s: Patutlah rejim beria-ria menghalau peguam ini. AMAT MEMALUKAN!
Respons "bodoh" Zaid Hamidi dalam hal ini:
[Bernama] Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.
Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.
"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.
Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.
"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.
P/s: Budak kecil pun tahu membidas kenyataan Zahid: Kalau telus, mengapa halau peguam yang menyiasat kes ini?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.