Jangan Lupa Debat Ambiga - SPR 26 Julai 2011!
Menurut Malaysia Kini, Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.
Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.
Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.
Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.