"Yang 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?"
Saya tengah khusyuk membaca berita fasal Si YB Katak ini memperkatakan hubungan antara Azmin dengan Datuk Seri Wan Azizah yang turut berkait rapat dengan pemilihan PKR yang bakal dilangsungkan pada November nanti. Kata YB Katak ini, Presiden PKR perlu berdamai dengan calon Timbalan Presiden, iaitu Azmin Ali demi kelangsungan hidup parti itu.
Eh! YB Katak ini sudah dipecat daripada parti itu dengan penuh kontroversi. Mengapa dia masih mahu sibuk-sibuk dengan urusan parti itu?
Tiba-tiba seorang rakan memukul bahu saya. Secepat kilat saya menoleh ke belakang. Rupa-rupanya si mamat. Katanya, "Engkau baca berita ini. Aku pelik betullah dengan 'Si Firaun Besar' ni. Yang 'Si Firaun Besar' ini sibuk, apahal?"
Saya jawab, "Katak ini memang suka menyibuk. Biarlah PKR tu nak terbalik, lingkup, bungkus, apahal dia nak sibuk-sibuk."
"Haah!" jawabnya ringkas.
Berita berkaitan:
Zulkifli nasihat Azmin, Wan Azizah berdamai
[SH] ALOR SETAR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan ‘berdamai’ dengan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sekiranya mahu parti itu terus bertahan.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR itu sememangnya tidak mesra sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
“Saya yakin Wan Azizah tidak akan menerima Azmin sebagai Timbalannya. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Azmin, beliau terpaksa menerimanya atas arahan Anwar. Inilah sandiwara keluarga ini, Nurul Izzah (anak Anwar) yang juga tidak bersetuju dengan Azmin,” katanya.
Menurutnya, daripada pemerhatian sejak beliau masih bersama parti itu, hubungan Azmin dengan keluarga itu seperti bermasalah. Bagaimana pun, beliau yakin masalah terbabit adalah pergeseran peribadi, bukannya berkaitan politik.
“Sebagai orang politik, Wan Azizah tidak boleh ambil kira hal pergeseran peribadi dengan Azmin. Dia sepatutnya ketepikan pergeseran lama itu dan beri tumpuan khusus pada politiknya,” katanya.
Zulkifli mengulas kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim kelmarin, yang mendakwa Dr Wan Azizah terpaksa menerima pencalonan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, kerana Azmin adalah calon pilihan Anwar.
Zamil dipetik sebagai berkata, hubungan antara Wan Azizah dan Azmin tidak baik dan rahsia pergeseran mereka hanya diketahui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar, Azmin, Dr Wan Azizah, isteri Azmin, iaitu Shamsidar Taharin, Senator Ezam Mohd Nor dan sahabat lama Anwar, S Nalakarupan.
Zulkifli berkata, Dr Wan Azizah tiada pilihan selain terpaksa menerima kehadiran Azmin dengan mengetepikan masalah antara mereka, atau berundur sebagai protes.
“Wan Azizah perlu berkorban jika mahu lihat PKR terus bertahan dan kukuh dalam arena politik tanah air,” katanya.
Menurutnya, Azmin dilihat sebagai calon paling layak menduduki jawatan nombor dua tertinggi PKR kerana Azmin memiliki 3K.
“Azmin seorang yang ada kesetiaan, kepimpinan dan kerahsiaan. Dia memang layak jadi Timbalan Presiden PKR. Dia juga seorang yang berjiwa Melayu dan saya percaya dia sanggup mempertahankan bangsa Melayu daripada dicerobohi pihak luar,” katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.