Ahli Akademik Dakwa Candi Borobudur Dibina oleh Jin Nabi Sulaiman
Pagi tadi, saya terbaca kisah Candi Borobudur ini di Jakarta Globe. Diberitakan bahawa sekumpulan ahli akademik mendakwa Candi Borobudur telah dibina oleh Jin Nabi Sulaiman. Atas kepercayaan itu, mereka mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan Candi Borobudur di Jawa Tengah milik masyarakat Islam. Berita itu boleh anda baca di sini.
Saya mahu menterjermahkan berita itu. Rupa-rupanya BH ada menyiarkannya. Jadi saya salin dan tampal di bawah ini.
Saya petik:
[BH] JAKARTA: Sebuah kumpulan diketuai seorang ahli akademik dari sebuah universiti Islam di Indonesia mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan Candi Borobudur di Jawa Tengah milik masyarakat Islam.
Portal berita Kompasiana.com melaporkan penyelidik dari Institut Kajian Sejarah Purba dan Islam diketuai Fahmi Basya, pensyarah Matematik Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah di Jakarta, mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa kuil Buddha terbabit dibina tentera jin Solomon (Nabi Sulaiman).
Berdasarkan artikel terbabit, penyelidik mengaitkan Borobudur dengan Kraton Ratu Boko berhampiran kuil Hindu Prambanan di Jawa Tengah dengan mendakwa Boko adalah nama lain bagi Ratu Balqis, isteri Sulaiman.
Alasan lain digunakan penyelidik untuk mengaitkan Borobudur dengan Islam ialah kaitan namanya.
Asal nama Slemen, sebuah bandar di Yogyakarta adalah daripada perkataan Sulaiman manakala Jawa berasal dari perkataan Jew (Yahudi).
Fahmi juga mendakwa Sulaiman adalah satu-satunya nama Nabi yang mengandungi suku kata Su yang kemudian digunakan kebanyakan pemimpin negara itu yang mempunyai nama seperti Sukarno, Suharto dan Susilo.
Ahli sejarah, JJ Rijal memberitahu Jakarta Globe bahawa dakwaan Fahmi itu mungkin boleh dikategorikan sebagai sejarah ideologi.
Sejarah ideologi ada dalam banyak bentuk. Misalnya di Indonesia, penyelidik yang mengikuti ideologi itu percaya bahawa Islam adalah darah, yang memacu semua perkara besar di negara ini, kata Rijal. Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.