Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 5 September 2010

PRU 13: Najib Agak Konfiden, Pemimpin UMCO Agak Gerun!


Fuh, bayangkan pemimpin UMCO menyatakan bahawa populariti parti itu agak merosot termasuklah di kubu paling kuatnya selama ini, iaitu Johor! Jika UMCO sudah gusar tentang sokongan di Johor, bayangkanlah di negeri-negeri yang lain.

Yang menariknya, Perdana Menteri 1Malaysia konfiden dengan populariti yang dikecapinya berdasarkan kaji selidik sejumlah kecil respondan. Adakah kaji selidik beberapa ribu respondan itu menggambarkan kemaruk berjuta-juta rakyat Malaysia terhadap dirinya? Lawak-lawak!


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Sept — Pemimpin-pemimpin Umno dan para pembantu Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah meminta beliau agar ‘menangguhkan’ idea mahu memanggil pilihan raya umum tergempar dengan menekankan, perdana menteri tidak harus menganggap peningkatan popularitinya sebagai kayu ukur parti itu sudah diterima sepenuhnya oleh rakyat.

Presiden Umno ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Johor kelmarin di mana beberapa pemimpin telah berkongsi keprihatinan mereka tentang populariti parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Datuk Seri Najib memang popular, tidak ada siapa yang boleh meragui. Bagaimanapun parti tidak popular di sesetengah negeri seperti di Johor,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Kajian kendalian Merdeka Center menunjukkan tahap populariti perdana menteri meningkat kepada 72 peratus Mei lalu atas andaian bahawa negara sedang berada di landasan betul. Negara mencatatkan pertumbuhan 9.5 peratus pada separuh pertama dan pentadbiran Najib yakin negara boleh melepasi sasaran pertumbuhan enam peratus tahun ini.

Kedudukan ekonomi yang lebih baik disusuli dengan spekulasi bahawa Najib, yang mengambil alih kepimpinan pada April 2009, kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum ke-13 pada separuh pertama tahun depan meskipun laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menolak desas-desus itu.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga pernah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau percayai pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas 2012.

Laporan EIU, dengan mengambil kira prestasi BN dalam beberapa pilihan raya kecil lalu, antara lain kerana pendirian pengundi bukan Melayu yang mudah berubah, pilihan raya tidak mungkin diadakan sehingga 2012.
Mandat semasa kerajaan persekutuan dan negeri kecuali Sarawak akan berakhir Mei 2013.

Pun begitu, The Malaysian Insider difahamkan Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno supaya mengetepikan retorik berbaur perkauman memandangkan BN perlu berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Beliau memberitahu mereka bahawa sasarannya adalah mudah. BN perlu berlaku adil kepada kesemua kaum untuk memenangi pilihan raya,” kata pemimpin Umno itu.

Difahamkan perdana menteri juga memberitahu pemimpin-pemimpin agar “turun ke bawah” dan memastikan BN memperoleh sokongan yang seluas mungkin untuk melepasi cabaran pilihan raya umum ke-13.

“Beliau (Najib) tahu masalahnya dan memberitahu kami agar bekerja kuat di akar umbi, dan beliau menambah bahawa Johor bernasib baik kerana mempunyai banyak pemimpin yang kuat,” kata pemimpin dari negeri yang Umno lahir.

“Malah beliau juga berkata ada negeri yang mengadu mengapa Johor ada ramai pemimpin dalam Kabinet,” kata pemimpin itu dengan merujuk kepada keanggotaan lima orang dalam Kabinet termasuk seorang dari MIC.

BN hilang lima negeri dan dinafikan majoriti dua pertiga ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun BN mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak awal tahun lalu.

Pilihan raya umum 2008 diadakan empat tahun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menguasai 91 peratus mandat pada 2004.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, ada petanda bahawa rakyat menghargai usaha-usaha yang dibawa oleh Najib tetapi mereka juga ingin melihat lebih banyak inisiatif daripada kepimpinannya, seperti program transformasi kerajaan dilaksanakan dengan jayanya.

“Publik masih ada dua bentuk fikiran tetapi mereka juga memperakui beliau sedang melakukan yang terbaik,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Najib memulakan khidmatnya pada April 2009 dengan tahap populariti 44 peratus dan ia meningkat kepada 69 peratus setahun kemudian sebelum mencecah 72 peratus baru-baru ini.

Pertengahan Jun lalu, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan “mengejutkan semua pihak”.
Kata Najib, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

Najib berkata BN perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH