Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Ahad, 12 September 2010

[Kemas Kini] Sah Sosilawati Dibunuh & Dibakar


Berdasarkan maklumat yang disiarkan di TV, Pengarah JSJ Bukit Aman mengesahkan mayat yang dibunuh dan dibakar milik jutawan kosmetik dan 3 orang lagi berdasarkan pengakuan suspek. Namun polis masih menunggu pengesahan identiti melalui ujian DNA. Lapan suspek ditahan termasuk seorang remaja berusia 19 tahun. Oleh itu, marilah kita menyedekahkan al Fatihah untuk roh mangsa-mangsa yang telah dibunuh secara kejam itu. Semoga semua penjenayah yang terlibat dapat diadili dan dihukum setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan. Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Sept — Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.

Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.
Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.
Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Mingguan Malaysia dan Berita Minggu menyebut menambah, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Sosilawati dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting pada 2 September untuk diiberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.
Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari bermula 30 Ogos lalu, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini.

Kemas Kini:

[Bernama] BANTING, 12 Sept — Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometre dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumbermenyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar.

Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.

“Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.

Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH