Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 9 September 2010

Tutup "The Malaysian Insider"? Ceteknya Hujah!


Saya malas mengulas panjang tentang kebodohan & kebangangan orang yang menyeru agar SKMM menutup portal berita TMI. Walhal isu ini mudah sahaja. Jika TMI menyiarkan berita yang tidak benar, sila saman portal berita itu, bukannya menyeru pihak berkuasa menutup portal berita tersebut. Lainlah berita yang disiarkan itu benar dan memberikan ancaman besar kepada UMCO & geng untuk memenangi PRU 13 nanti.

Cuba selidik akhbar Utusan Malaysia, berapa banyak saman yang sedang dan telah dihadapinya selama ini? Terbaru, Lim Guan Eng dan Ustaz Zakaria berura-ura untuk menyaman Utusan berkaitan dengan isu Bazar Ramadan di Komtar dan isu doa khutbah Jumaat. Seingat saya, ada beberapa tokoh politik menang kes saman terhadap UM termasuklah YB Dato Mahfuz. Ringkasnya, daripada mengharamkan sesebuah penerbitan, bukankah lebih baik menyaman penerbitan itu jika maklumat yang disalurkan tidak benar? Kebebasan media terpelihara, maruah dan kebenaran terbela.

Jika mereka berkeras mahu menutup TMI, tutup juga Utusan dan TV3 kerana kedua-dua media ini juga membawa "unsur negatif kepada rakyat dan negara". Saya petik:

[UM] KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta.

Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas.

“Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara.

“Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang membuat laporan polis berhubung dakwaan hubungan istimewa portal berita propembangkang tersebut dengan tiga pemimpin Bendera di Indonesia.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya percaya dua bukti itu mampu membantu polis dalam penyiasatan kes tersebut.

Seperti mana kenyataan JMM semalam, Anuar juga mahu Jahabar memperjelaskan hubungannya dengan kesemua individu terbabit.

Dalam perkembangan sama Anuar berkata, pihaknya percaya melalui hubungan itu Jahabar telah menjadikan The Malaysian Insider sebagai portal berita yang memperjuangkan kepentingan individu tertentu termasuk Anwar dan bukannya rakyat secara keseluruhan.

“Kita semua tahu Anwar sekarang amat terdesak dalam usahanya mengalihkan perhatian orang ramai bagi melengah-lengahkan kes liwatnya. Orang seperti Anwar ini sanggup melakukan apa sahaja,“ katanya.

Selain itu beliau tidak menolak kemungkinan The Malaysian Insider terpengaruh dengan kecenderungan Metro TV yang kini begitu hebat membakar sentimen anti-Malaysia di kalangan rakyat negara itu.

Akibat permainan Metro TV itu, beliau berkata, gerakan anti-Malaysia masih berlaku di republik berkenaan walaupun pada asasnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia selama ini cukup terpelihara.

“Inilah yang berlaku sekarang. Atas sebab itu saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana kita tidak mahu The Malaysian Insider terus menerus mempengaruhi rakyat dengan menyiarkan berita yang langsung tidak berasaskan fakta.

“Kita khuatir kewujudan portal berita seperti The Malaysian Insider hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara,“ katanya...-Saifulizam Mohamad

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH