Pemimpin PKR Sepatutnya Berpendirian Seperti Nurul Izzah
Ada 2 kiriman yang menyentuh tentang pemilihan PKR. Satu, saya salin dan tampal artikel dari Zaid untuk Rakyat dan satu lagi, saya ulas Budaya Politik UMCO dalam PKR. Kedua-duanya tentang pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Hari ini MP Lembah Pantai yang juga anak kepada DSAI menyatakan sebab dia berpendirian berkecuali ketika puak Azmin mula menyemai budaya berpolitik UMCO dalam PKR. Katanya:
"Saya berkongsi pandangan dengan Zaid yang juga adalah ketua PKR Wilayah Persekutuan (Nurul Izzah adalah naib pengerusi) dan kami berbincang secara ikhlas dan terbuka mengenai masa depan parti di Wilayah Persekutuan tetapi saya juga membesar bersama (naib presiden) Azmin Ali yang juga adalah setiausaha sulit ayah saya,” katanya.
Ketidakhadirannya pada sidang media yang diadakan oleh 20 ahli parlimen dan senator PKR bagi mengumumkan sokongan kepada Azmin pada Isnin lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Saya tidak hadir sidang media itu. Ia adalah isyarat yang jelas mengenai pendirian berkecuali saya...Saya fikir pendirian itu seharusnya diambil oleh Lembah Pantai dan pasukan saya berhubung siapa yang akan kami calonkan,” katanya.
pemimpin mepunyai visi masing2 demi kebaikan parti. yang menentukan mereka dipilih adalah para perwakilan.
Comment by hussin @ Khamis, September 09, 2010 7:51:00 PGperwakilan pkr ada tiga pilihan untuk memilih pemimpin:
(1) dibayar/dijanjikan projek macam perwakilan umno.
(2) wala' membuta tuli macam perwakilan pas.
(3) menilai jati diri dan keikhlasan bakal pemimpin yang akan dipilih demi keutuhan perjuangan parti yang menepati citarasa dan aspirasi rakyat.
selamat memilih!