Hukum Segera "Syaitan" Ini!
Saya baca kisah syaitan lahanat ini semalam tetapi tidak sempat menyiarkannya di blog ini kerana kesuntukan masa. Hari ini akhbar menyiarkan lagi kisah mereka. Selain didakwa atas kesalahan mendera dan merogol, kedua-dua syaitan ini turut didakwa Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Kisah lanjut syaitan ini boleh anda baca di bawah ini:
[Bernama] GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dan merogol pembantu rumah mereka akan turut disiasat menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 berdasarkan bukti serta keterangan yang diperoleh.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata polis mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi namun masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan pengesahan beberapa perkara dengan mangsa dan orang yang disyaki.
"Selain daripada ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, polis juga akan menyiasat pasangan suami isteri berkenaan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pembantu rumah berkenaan di Hospital Pulau Pinang di sini, Ahad.
Turut melawat mangsa, Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang, Chilman Arisman.
Ayub berkata polis juga akan bekerjasama dengan Pejabat Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.
"Saya juga berharap perkara ini tidak dijadikan isu oleh orang ramai dan polis akan segerakan siasatan serta akan kemukakan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Chilman memuji kecekapan polis yang berjaya memberkas majikan mangsa dengan cepat.
"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengikut laporan perubatan, mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian luaran sahaja," katanya.
Akhbar hari ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.
Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.
* Orang Malaysia fikir warga Indonesia "mengamuk" kerana kes penahanan pegawai perikanan negara itu, tetapi mereka lupa kes perairan Ambalat, pendet, batik, lagu Negaraku (walaupun mereka juga menciplak), isu penderaan warga Indonesia, dan layanan terhadap warga asing di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.