Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 3 September 2010

24 Pertuduhan RASUAH, Satu Pun Tidak Sangkut! Biar Betul?


Siapa yang salah? Kes ini belum selesai. Abdul Kudus akan "menyerang balas". Saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab kurang tahu hujung pangkalnya. Lagipun kes ini sudah lama dibicarakan. Yang peliknya, Si Kudus ini dikenakan 24 tuduhan rasuah, namun satu pun tidak sangkut. Sudah tentu ada yang tidak kena. Saya petik:
[UM] SHAH ALAM 2 Sept. – Selepas tujuh tahun, bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad (gambar) akhirnya berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan lebih bermakna apabila dibebaskan daripada 24 pertuduhan rasuah.

Abdul Kudus, 47, terlepas daripada hukuman penjara 10 tahun 11 bulan dan denda RM370,000 bagi kesalahan itu setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima rayuannya untuk mengetepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang tahun lalu.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa semasa membacakan penghakiman berkata, keterangan saksi utama pendakwaan, Steven @ S. Sathiasilan tidak boleh dipercayai kerana dia mempunyai kepentingan secara langsung dalam kes itu.

Beliau berpendapat, Steven adalah rakan sejenayah Abdul Kudus kerana dia terlibat secara aktif dan secara langsung dalam kesemua 24 transaksi yang melibatkan tertuduh.

Katanya, keterangan saksi itu juga tidak disokong oleh sebarang keterangan bebas yang mengesahkan berlakunya permintaan dan penerimaan rasuah oleh tertuduh.

‘‘Saya dapati Steven adalah pihak yang memulakan percubaan untuk merasuah tertuduh sebagai Pengarah Penguat Kuasa MPAJ dan bukan sebaliknya.

‘‘Steven mempunyai kepentingan untuk melindungi restorannya, dia bukan mangsa tetapi seorang yang memainkan peranan aktif dalam semua transaksi,’’ katanya.

Hakim Mohd. Yazid juga merumuskan tidak munasabah sekiranya tertuduh meminta dan menerima wang rasuah daripada Steven sedangkan restorannya masih berterusan diserbu dan disaman oleh MPAJ.
Jelasnya, keterangan antara Steven dan seorang saksi juga bercanggah yang sekali gus menunjukkan bayaran-bayaran yang dikatakan dibuat tidak wujud serta hanya rekaan.
Tegas beliau lagi, pihak pendakwaan juga gagal memanggil ibu Steven bagi mengesahkan anaknya ada meminta duit RM8,000 untuk diberikan kepada tertuduh.

‘‘Saya menerima pembelaan tertuduh sebagai munasabah. Ini adalah kerana pihak pendakwaan tidak membuktikan tuduhan-tuduhan permintaan dan penerimaan wang rasuah melibatkan tertuduh sebagaimana pertuduhan.

‘‘Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal membuat penilaian maksimum di peringkat kes pendakwaan. Tertuduh tidak sepatutnya dipanggil membela diri. Rayuan dibenarkan. Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada 24 pertuduhan,’’ katanya.

Abdul Kudus diwakili peguam M. Manoharan dan Afifuddin Hafifi manakala Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fariza Hamzah mewakili pihak pendakwaan.
Sebaik sahaja mahkamah bersurai, Abdul Kudus dilihat dipeluk oleh kakaknya yang turut hadir mengikuti prosiding sambil menangis.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Abdul Kudus yang dilihat bergenang air mata melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada barisan peguamnya.

Walaupun berkeyakinan akan dibebaskan sejak dari awal, namun Abdul Kudus menganggap ia tidak lagi bermakna selepas kehilangan keluarga dan ibunya.

‘‘Tidak ada apa-apa boleh diraikan kerana hidup saya dan keluarga saya telah musnah disebabkan kes ini. Ibu saya meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung disebabkan peluru yang dihantar ke rumah. Sejak itu, sudah empat tahun saya beraya di kubur ibu saya,’’ katanya.

Abdul Kudus yang kini menjadi pemandu teksi dan lori secara sambilan berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya berhubung tindakan lanjut termasuk menyaman pihak pendakwaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun 11 bulan dan denda RM370,000 ke atas Abdul Kudus selepas didapati bersalah atas 24 tuduhan meminta dan menerima rasuah RM59,000 antara 2001 dan 2003.

Pada 27 Ogos lalu, Abdul Kudus gagal dalam tuntutan samannya terhadap MPAJ setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati surat pemberhentian kerja terhadap Abdul Kudus adalah sah dan MPAJ berhak memecatnya. - Noor Azmah Ibrahim

Imbasan:
[Mstar]...Kes perbicaraan yang mengambil masa hampir enam tahun, bermula 9 Ogos 2003 ini melibatkan 11 orang saksi di pihak pendakwaan dan 12 orang saksi di peringkat pembelaan yang antaranya turut memanggil bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas.

Abdul Kudus, 46, didakwa terhadap 24 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM59,000 daripada pemilik restoran Sri Steven's Corner antara Mei 2001 dan Mei 2004.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 11(a) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda maksimum lima kali ganda daripada nilai suapan.

Berkaitan:
Saman Kudus ditolak, buang kerja sah
Kudus, MPAJ berunding selesai luar mahkamah
Kudus, MPAJ cuba selesai isu 'pecat' luar mahkamah
Rasuah: Bekas pegawai kanan MPAJ dipenjara 11 tahun
Poligami: Kudus terlepas hukuman penjara
Kayveas ugut saya, kata Abdul Kudus
Mahkamah tolak permohonan Abdul Kudus

  1. Kapt Kudus Ahmad dan kapt Osman Jailu adalah 2 org kawan ku (bukan sahabat) semasa berkhidmat di Sibu Sarawak. Keduaxnya femes, terkenal seanterio dunia dgn kes tersendiri. Osman Jailu dgn lompat katak jadi YB bebas sehingga Perak dpt pd BN. Kudus terkenal dgn kes Rasuahnya disebabkan Kayeas. Masingx glamour sehingga habis org marah dengan mereka..Skrg apa yg penting..biarlah kudus ni bebas selepas semua maruahnya dan keluarganya dia hilang dan kerja pun bawa teksi..Mana ada org nak ambil dia bekerja lagi..ada rezki dan keinsafan nanti, baliklah ke pangkal jalan. Kerja dgn jujur bela anakx supaya jgn ulangi kesilapan besar dlm hidup. Kapt Kudus sudah kena kifarah dgn Allah swt. Sekarang tunggu Kapt Osman Jailu punya giliran pula..mungkin tengah hebat dan enjoy dgn status YB bebas dan banyak fulus al mulus. Mungkin belum sampai masa kena kifarah dg Allah swt...apa-apa pun semua dirancang oleh mereka 2 ini Allah SWT yg menentukan..lambat dan cepat shj. Tunggu dan tengok. Jgn susah hati kerana kata perpatah inggeris "What's come around, come around".
    Sekian..jazakallah khairan.

    gravatar Comment by Captain @ Jumaat, September 03, 2010 8:32:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH