[Video] Wanita Diseret dan Dipukul oleh Polis
Maaf. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia tetapi berlaku di luar negara seperti diberitakan di bawah ini. Saya petik:
[Kosmo] MELKSHAM - Satu klip video yang mengejutkan menunjukkan seorang wanita, Pamela Somerville berumur 57 tahun diheret oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan dan menumbuknya sehingga pengsan ke bilik tahanan sebuah balai polis di bandar Melksham, Wiltshire, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman itu yang diperoleh akhbar berkenaan menunjukkan Pamela yang merupakan seorang penyelidik pasaran terpaksa membuat panggilan interkom bagi meminta bantuan kerana darahnya terpercik ke lantai bilik tahanannya disebabkan matanya bengkak akibat dipukul.
Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital tetapi tangannya masih bergari semasa mendapat rawatan.Kejadian itu berlaku pada 2008 tetapi pegawai polis yang memukulnya itu, Sarjan Mark Andrews, 37, akan dihukum esok selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Oxford kerana memukul Pamela pada pagi Julai 2008.
Insiden itu bermula selepas Pamela didapati tidur di dalam kereta di sebatang jalan raya luar bandar.Polis menyatakan dia ditahan kerana keenggannya untuk memberikan sampel nafasnya tetapi wanita tersebut menafikannya. - Agensi
Videonya:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.