[Video] Video Inkues TBH: Bukan Tidak Bertanggungjawab Tetapi Mahu Memaparkan "Kebodohan" Peguam
Wartawan akhbar HM tidak sepatutnya menggunakan frasa "tidak bertanggungjawab" kerana video itu jika tidak dimuatnaikkan di You Tube boleh diperoleh di laman Jabatan Peguam Negara. Yang menjadi isu kerana video itu diedit/diringkaskan untuk memaparkan/menfokuskan "perang mulut" antara Peguam SPRM dengan Dr Porntip.
Persoalannya, salahkah video itu "diringkaskan" untuk memaparkan kepada umum tahap hujah dan kecerdikan Peguam SPRM berhujah dengan saksi kes tersebut? Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dikesan memuat naik video inkues kematian Teoh Beng Hock di laman pelayar popular, Youtube sejak Ogos lalu.
Video dengan tajuk ‘The ‘Best’ of Teoh Beng Hock’s Inquest’, itu mempunyai durasi masa selama sembilan minit dan 49 saat itu sehingga semalam sudah ditonton lebih 100,000 pelayan web berkenaan.
Dalam video yang dimuat naik itu, turut memaparkan sesi soal jawab antara pakar patologi forensik dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand dan peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.
Dipercayai video berkenaan dimuat naik dalam web pelayar berkenaan bagi tujuan atau niat tertentu malah klip berkenaan antara lain banyak memaparkan adegan perang mulut antara kedua mereka.
Abdul Razak sebelum itu mempersoalkan kredibiliti Dr Pornthip kerana belajar di Universiti Mahidol, Thailand yang tidak diiktiraf Malaysia. Namun, Dr Pornthip menegaskan bahawa ia adalah antara lima universiti utama di Asia selain turut menjawab kenyataan Abdul Razak bahawa dia tidak layak memberi pandangan, Dr Pornthip menjawab: “Lihat kepada kualiti kerja, bukan kelayakan akademik, jangan memandang rendah kepada pakar Asia.”
Malah keadaan kecoh selepas perang mulut antara Dr Pornthip dan Abdul Razak turut mengakibatkan keadaan mahkamah menjadi kecoh selepas berlanjutan buat beberapa ketika.
Berdasarkan beberapa keterangan yang tertera pada video berkenaan ia jelas dimuat naik pada Ogos lalu dan ia adalah salah satu daripada beberapa video sama yang dimuat naik dalam web pelayan terbabit yang dipercayai mempunyai niat tersendiri yang tidak disahihkan.
Videonya:
Kesiannya..........tahap kebangangan yang memalukan.
Comment by azman kamarul @ Selasa, September 21, 2010 7:35:00 PTG