Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

, , ,

Isnin, 3 Ogos 2015

RM2.6 Bilion dalam Akaun Najib Derma, Bukan 1MDB - SPRM




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan sumbangan penderma.

Ia bukan dari syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa pihak tertentu, katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. 

"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

Pasukan petugas khas itu sebelum ini dilapor membekukan 6 akaun bank termasuk milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini milik Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, siasatan pihaknya berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan.

Laman web Sarawak Report pada awal bulan lalu juga melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

SPRM sekaligus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional, serta mengharapkan semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai SPRM, ia berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Agensi itu turut mengulangi tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan, tetapi mereka semata-mata hanya menjalankan tugas dan fungsi sebagai suruhanjaya yang bebas.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional, tanpa pilih kasih dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya, menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli terdahulu hari ini berkata, tidak mustahil isu pemindahan wang daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri akan ditutup kerana didapati tiada unsur rasuah.

Katanya, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembiayaan politik adalah usaha tersusun mengalihkan fokus daripada 1MDB, seperti ada cubaan tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. – The Malaysian Insider/3 Ogos, 2015.

Berkaitan:

SPRM Lapor Polis Artikel Sarawak Report, Nafi Kertas Pertuduhan Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis menafikan artikel yang disiarkan laman web pemberi maklumat Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan sebuah kertas pertuduhan terhadap perdana menteri.

Laporan tersebut dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Putrajaya oleh pegawai penguat kuasa kanan SPRM Hisham Mohd Yusoff.

Dalam laporan itu, SPRM menafikan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan seorang lagi, dan juga menafikan suruhanjaya itu bertanggungjawab membocorkan siasatannya terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM menegaskan tiada antara pegawainya yang membocorkan sebarang maklumat, sambil menambah suruhanjaya itu tiada niat untuk menggulingkan kerajaan. – The Malaysian Insider/3 Ogos, 2015.



,

Selasa, 12 Mei 2015

SPRM Diarah Bayar RM600,000 kepada Keluarga Teoh Beng Hock



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan membayar RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas mengaku cuai sehingga menyebabkan kematiannya enam tahun lalu.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, SPRM yang juga defendan dalam kes tuntutan saman itu turut diarahkan mahkamah untuk membayar RM60,000 sebagai bayaran kos.

Katanya, keluarga Teoh setuju dengan bayaran ganti rugi tersebut dan mereka berdiri teguh dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Mereka juga menuntut polis membuat siasatan lanjut dan membawa individu yang bertanggungjawab ke mahkamah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini merupakan kemenangan besar kepada keluarga Teoh. Selepas 6 tahun memperjuangkan hak perundangan, mereka sekarang menerima pengakuan SPRM dan kerajaan yang bertanggungjawab di atas kematiannya.

"Kami akan terus mendesak polis bertindak dalam kes ini. Kami sudah melakukan segala yang mungkin dari segi undang-undang. Sekarang terpulang kepada polis melakukan apa yang perlu dan kami tidak akan berhenti menegakkan keadilan untuk Teoh," katanya.

Keluarga Teoh menyaman 10 anggota pegawai SPRM dan kerajaan Malaysia kerana cuai dan menggunakan kekerasan semasa mendiang dalam tahanan sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 2009.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong itu berkata, pihaknya mewakili Biro Guaman Nasional DAP mengambil kes Teoh secara percuma (pro bono) dan tidak mengambil sebarang bayaran daripada keluarga itu.

"Ini juga merupakan arahan daripada mendiang Karpal Singh, sebagai menghormati khidmatnya dalam kes ini sebelum beliau meninggal dunia tahun lalu," katanya.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu mengetepikan keputusan koroner dalam inkues sebelum ini apabila memutuskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, sebaliknya “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”.

Teoh yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, merupakan pembantu kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah daripada DAP.

Mendiang sebelum itu dipanggil ke pejabat SPRM bagi merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibentuk, yang memutuskan Teoh tidak dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana taktik soal siasat yang agresif digunakan 3 pegawai SPRM.

RCI itu bagaimanapun hanya memberi tumpuan kepada prosedur soal siasat SPRM dan bukannya menyiasat kematian Teoh. – The Malaysian Insider/12 Mei, 2015.


, , ,

Jumaat, 11 Oktober 2013

SPRM: Kebodohan, Kecuaian Tidak Boleh Didakwa


[MK] Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.


"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim. - 10/10/13


, , ,

Jumaat, 25 Januari 2013

Menteri Besar dan Ketua Menteri Antara yang Kantoi Sebelum Bertanding dalam PRU13


[SH] SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.



,

Sabtu, 22 September 2012

Zuraida Menunggu Saman Shafie-Zahida, Kalau Fitnah Mengapa Lambat Sangat Fail Saman?


[KD] Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.

“Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini.

SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.

Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedahan itu.

“Saya masih menunggu saman daripada mereka.

Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya.

Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf.

Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang.


 P/s: Kah kah kah!




, ,

Selasa, 19 Jun 2012

Akaun 3 Bilion: Anwar Dedah Akaun Bersumpah Bekas Pengarah Siasatan BPR



[KD] KUALA LUMPUR 19 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan surat akuan bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Surat akuan bertarikh 10 November 2009 yang dimuat naik dalam laman blog beliau semalam memaparkan bukti bahawa siasatan terhadapnya berhubung pertuduhan menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat telah pun ditutup kerana tiada sebarang kes.

“Siasatan telah dijalankan oleh satu Cawangan di bawah penyeliaan saya di Ibu Pejabat BPR Malaysia.

“Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom.

“Siasatan itu menghasilkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa berhubung dengan Akuan Bersumpah tersebut dan saya mengarahkan siasatan itu ditutup,” kata Abdul Razak dalam akuan tersebut.

Menurut akuan itu lagi, selaku Pengarah Siasatan BPR pada tahun 1999, Abdul Razak telah mengarahkan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 ke atas akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Bekas Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan akuan bersumpah itu dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

Abdul Razak membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Dalam perkembangan sama, Abdul Murad semalam dilapor menegaskan sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.
 
 
 

, ,

Isnin, 26 September 2011

Nasib TBH dan Ahmad Sarbani SERUPA: Pelik, CCTV SPRM "Dipadamkan" Semasa Ahmad Sarbaini Berada di Situ


Saya petik:

[MK] Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

Beliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.



P/s: Dua kematian yang amat meragukan/penuh dengan pelbagai persoalan melibatkan SPRM menerima nasib yang sama.Orang kampung yang menonton tv pencacai, membaca Utusex, selamat mempercayai salah satu drama terhebat abad ini!!!


Apa reaksi peguam keluarga?

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."


,

Khamis, 21 Julai 2011

Raja Petra Dakwa Pegawai SPRM Denda Ahmad Sarbini Berdiri di Kaki Lima Tingkap, Sebelum Terjatuh!!!


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

“Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

“Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

“Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,”
dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

 P/s: Peguam UMCO ini sepatutnya meminta polis menyiasat dakwaan Raj Petra, bukan secara emosi mengatakan dakwaan Raja Petra sebagai sampah.



,

Isnin, 4 Julai 2011

Logikkah Ahmad Sarbini Mahu Meninggalkan Bangunan SPRM Guna Tingkap?

Pelik-pelik.

Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Sarbani pada hari kejadian dikatakan datang ke SPRM secara sukarela, tanpa dipanggil. Namun orang ramai termasuk pegawai tinggi Kastam tidak percaya Ahmad Sarbani ke SPRM tanpa dipanggil oleh SPRM.  

Hari ini TMI melaporkan saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

Aikk! Jika datang secara sukarela, mengapa perlu meninggalkan SPRM dengan menggunakan tingkap?

DSP Sharul Othman Mansur dari Cawangan Forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberikan keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemukan di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.

“Saya percaya si mati (Sarbaini-gambar) terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.

“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.

“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.

P/s: Ajaib-ajaib! Arwah datang secara sukarela tiba-tiba meninggalkan SPRM seolah-olah macam penjenayah!!!

Menarik:
Pengakuan isteri arwah: Allahyarham Dianiaya Ejen Baucer RM100
 
 
 
 

, ,

Jumaat, 22 April 2011

Polis TETAP Anggap Kematian Sarbani Sebagai Mati Mengejut (Kemalangan@Bunuh Diri). Masalahnya, Banyak Orang yang Tidak Percaya!



Gambar di atas ialah tingkap bangunan SPRM, di Jalan Cochrane yang dipercayai menjadi tempat Ahmad Sarbani Mohamed "jatuh" dan ditemukan mati di gelanggang badminton tingkat 1 pada 6 April lalu. 

Cuba anda lihat saiz tingkap itu!
 
Hari ini dalam UM, polis mengesahkan kematian pegawai kastam itu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

“Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan."

“Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi.” 

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini. Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

“Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

“Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat,” katanya.



Gambar di atas pula ialah paparan aksi lakon semula oleh pelakon lagak ngeri berkaitan dnegan teori kematian Ahmad Sarbani. Lagi sekali, cuba ukur saiz tingkap itu!

Poin saya, jika polis menganggap kematian Ahmad Sarbani sebagai kemalangan, rasa-rasanya agak mustahil untuk diterima akal. Kerana untuk mendakwa Ahmad Sarbani terjatuh secara tidak sengaja dari tingkap dengan saiz bukaan sebesar itu, agak mustahil untuk diterima akal. Seseorang itu perlu menyusup kepalanya dahulu, barulah boleh "terjatuh" dari tingkap tersebut.

Jika bukan kemalangan, tinggal satu opsyen lagi, iaitu bunuh diri. Semua akhbar hari ini tidak menggunakan istilah bunuh diri walaupun laporan mereka sejak awal lagi membuat andaian bahawa Ahmad Sarbani membunuh diri kerana kemurungan dan sebagainya. Masalahnya, banyak orang termasuk ahli keluarga, rakan, dan orang ramai tidak percaya kematian pegawai Kastam yang didakwa warak ini kerana membunuh diri. Malah, ahli keluarga turut menyerahkan beberapa bukti untuk menafikan dakwaan Ahmad Sarbani membunuh diri termasuk jumlah dan nilai aset yang dimilikinya. 
 
Pihak polis tidak boleh hanya mengatakan  "kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi”. Semua orang tahu, arwah jatuh dari tempat tinggi. Persoalan yang perlu disiasat dan dijawab oleh pihak polis, BAGAIMANA arwah jatuh?  
Tatkala banyak pihak tidak berpuas hati dengan cara kematian Ahmad Sarbani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah "berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang telah dibuat". Adakah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan ahli keluarga dan orang lain berpuas hati?

,

Rabu, 13 April 2011

Keluarga Kemuka Bukti Ahmad Sarbani Tidak Bunuh Diri


Saya petik:
[BH] IPOH: Keluarga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, 6 April lalu, mengemukakan beberapa maklumat baru bagi membuktikan Allahyarham tidak membunuh diri.

Maklumat itu diberi kepada firma guaman iaitu Tetuan Awtar Ghazali Augustine & Co beroperasi di sini yang dilantik sebagai wakil keluarga Allahyarham sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Wakil firma guaman berkenaan, Ghazali Mohd Ramli, berkata keluarga Allahyarham menemui beberapa maklumat baru yang dipercayai boleh membantu siasatan polis bagi membuktikan kematian itu bukan membunuh diri, sebaliknya didakwa berunsurkan jenayah.

“Keluarga Allahyarham jelas tertekan dengan pelbagai spekulasi yang dibuat berhubung kematian Ahmad Sarbani terutama yang dilaporkan menerusi media cetak dan elektronik.

“Laporan berkenaan berbaur spekulasi kerana tiada sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian berkaitan dengan diri dan kematian Allahyarham,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ghazali berkata, isteri Allahyarham pernah memberitahu mengenai pengakuan suaminya sebelum kejadian sama ada terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

“Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani terbabit dalam kes berkenaan, Allahyarham menidakkan dakwaan itu.
“Justeru, keluarga mereka meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi termasuk laporan media yang menggambarkan seolah-olah Allahyarham terbabit dalam kegiatan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset,” katanya.

Pada sidang media sama, Ghazali turut melampirkan kenyataan media yang menyenaraikan aset dimiliki Allahyarham dan keluarganya iaitu:

Tiga kereta iaitu Perodua Kancil yang dibeli pada 2001, Honda CRV terpakai (2004), Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang dibeli pada 1998.

– Tiga rumah iaitu dua apartmen masing-masing di Bukit Tinggi, Klang yang dibeli pada 17 April 2003 dengan harga RM65,872 dan di Puncak Alam, Mukim Ijok, Kuala Selangor yang dibeli pada 1998 bernilai RM68,988 serta rumah berkembar kluster di Saujana Impian, Sungai Buluh yang dibeli pada 2005 dengan harga RM230,000 menggunakan pinjaman perumahan kerajaan.

– Wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM35,000 iaitu wang dikeluarkan isteri Ahmad Sarbani daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas mencapai usia 50 tahun.

P/s: Siapa "bunuh" Ahmad Sarbani?

 

, ,

Selasa, 12 April 2011

[PANAS] Pegawai Pemasaran Dakwa Pegawai SPRM BELASAH Kemaluannya dengan Rotan, Letak Ais di Kemaluannya


Saya petik:
[MK] Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.

T Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.

Pukul di kemaluan, letak ais

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.

"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.

"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.

* Malaysia Kini menghadapi gangguan teknikal seperti didakwa banyak pihak, sebagai usaha untuk menyekat penyebaran maklumat yang tidak disiarkan dalam media perdana. Buat masa ini, berita MK dapat dibaca melalui  lamannya di Facebook atau FreeMalaysiaKini.

P/s: Bayangkan apa yang terjadi kepada Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini jika dakwaan pegawai pemasaran ini benar! Anda mengatakan peniaga ini menipu? Beranikah dia menipu di depan panel Suruhanjaya Diraja TBH?

Jika benar, adakah anda masih percaya dua orang tahanan di SPRM membunuh diri@dengan rela hati berbuat demikian?


,

Ahad, 10 April 2011

SPRM Perlukan 800 Kakitangan Tambahan untuk Pastikan Tiada Orang "Jatuh" Bangunan?


Akhbar masih konsisten melaporkan berita yang menggambarkan Ahmad Sarbini, begitu juga Teoh Beng Hock "membunuh diri". Namun, banyak orang yang tidak percaya!!!

Hari ini diberitakan SPRM memerlukan 800 anggota tambahan bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara.Menurut SPRM, ketika ini, hanya 31 pegawai SPRM dan 90 pengawal keselamatan menjalankan tugas berkaitan keselamatan di seluruh negara membabitkan ibu pejabat SPRM, 15 ibu pejabat negeri dan 19 cawangan negeri di beberapa daerah.

Selain itu, pejabat SPRM yang terletak di bangunan guna sama di tingkat atas dan tidak mempunyai aras bawah pula membabitkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Labuan, manakala pejabat cawangan pula di Sibu dan Miri.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar “Kita mengharapkan tambahan 134 anggota untuk menjalankan tugas berkaitan keselamatan itu dapat segera dipenuhi bagi memastikan keselamatan fizikal membabitkan persekitaran bangunan pejabat SPRM termasuk dokumen dan harta benda di dalamnya serta individu yang berurusan dengan SPRM, terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu sentiasa dalam keadaan selamat sepanjang tempoh masa berada di premis suruhanjaya,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

P/s: Soal keperluan anggota tambahan bukanlah perkara utama, yang perlu disiasat ialah cara siasatan yang diamalkan oleh SPRM. Mengapa pihak SPRM dan kerajaan tidak menyiasat cara siasatan dan perlanggaran etika yang mungkin berlaku ketika proses soal siasat? Jangan membazirkan duit hanya semata-mata menutup kelemahan yang sepatutnya dibaiki.


,

Jumaat, 8 April 2011

Dari TINGKAP Inikah Ahmad Sarbani "Jatuh"?



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Adakah SPRM Tahu Ahmad Sarbani Akan JATUH Bangunan?

Baca dahulu berita di bawah ini. 
Berikan tumpuan pada bahagian yang membicarakan tajuk berita di bawah ini.


Anda faham maksud atau sebab pegawai SPRM itu digantung? Mereka digantung kerana TINGGALKAN arwah Ahmad Sarbini sendirian pada hari kejadian. Dengan kata lain, kalau pegawai ini tidak meninggalkan arwah maka tidaklah terjadi kejadian yang mencetuskan pelbagai polemik ini. Adakah SPRM seolah-olah sudah mengagak kedatangan Ahmad Sarbini pada hari itu untuk TERJUN bangunan? Saya yang bukan ahli keluarga arwah pun berang dengan alasan pergantungan kerja SPRM itu. Berdasarkan tajuk berita dan alasan SPRM, Ahmad Sarbani seolah-olah digambarkan datang ke SPRM untuk membunuh diri. 

P/s: Ada yang tidak kena!!!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Bagaimana Anggota "Paling Bersih" Dituduh Rasuah?SPRM Ugut & Paksa Sarbani Mengaku Salah?

Saya petik:
[MK] Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

P/s: Memang ada sesuatu yang tidak kena!!!

,

Khamis, 7 April 2011

Pengunjung DCM Dakwa Ahmad Sarbani Seorang yang Baik!


Tatkala media arus perdana melaporkan seolah-olah Ahmad Sarbani menghadapi tekanan dan berkemungkinan bertindak membunuh diri, ada beberapa pengunjung blog ini melalui ruang komen menyatakan sebaliknya. Malah, seperti yang diberitakan dalam TMI, rakan dan keluarga turut senada dengan pemberi komen di bawah ini.

HAJI AL-AZMY berkata...
Askm Saya mengenali Allahyarham Sarbini secara dekat kerana beliau adalah bapa saudara saya, beliau seorang yang agak warak, tidak tinggal solat dan sering jadi imam di tempat kerja. Adalah mustahil beliau membunuh diri, dan statement metro dan utusan menyatakan Sarbini rungsing dan ini boleh menggambarkan beliau mengambil tindakan bunuh diri. Sebenarnya beliau di panggil SPRM untuk menunjukkan bukti geran rumah yang beliau beli. Mana PERKASA bila melayu dibunuh, kenapa DIAM..
Khamis, April 07, 2011 3:10:00 PM


Ada lah d fhmkn tim pngarah kastam tersebut pergi ke pejabat SPRM untuk menukar statement dari mengaku bersalah kepada tidak mengaku bersalah. Mungkin ini mnyebabkan pgwai SPRM naik berang. Saya dpt mklumat ini dari rkn yg bertugas Allah Yarham
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, April 06, 2011 6:41:00 PM


salam.saya sangat kenal dengan arwah..die tidak bersalah.die ke SPRM untuk bg info sahaja..dan semua ni anak die sendiri yang bg tahu..arwah seorang yang sangat baik..percaya la..jgn tuduh beliau yang bukan²..
Comment by Cik Yunie @ Khamis, April 07, 2011 7:48:00 PM

 Malah, orang juga tertanya sebab mogok dilancarkan di bangunan Kastam Pelabuhan Klang seperti yang tertulis di Twitter: According to Santiago’s Twitter account, more than 800 frieght forwarders protested at the North Port Customs building in Port Klang yesterday. Malah, cerita fasal mogok ini juga ada diceritakan di sini.

Jika benar berlaku mogok/protes, sebab apa mogok itu dilakukan?

Saya tidak kata dengan kematian pegawai Kastam itu maka dengan itu mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah. Siasatan seharusnya dilakukan untuk mengesahkan sama ada beliau bersalah atau tidak. Namun, rata-rata orang ragu-ragu dengan cara kematiannya, kaitannya dengan kes yang sedang disiasat.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Kematian Ahmad Sarbani Ada kaitan dengan Pegawai Kanan Kastam? Siapa Pegawai Itu?


Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: Pendedahan mengejutkan seorang pemimpin DAP telah mendakwa seorang pegawai kanan Kastam berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian rakan sejawatnya, Ahmad Sarbani Mohamad.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata dia mendapat maklumat ini daripada ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

"Mereka berpendapat kematian Sarbani ada hubung kait dengannya (pegawai kanan)," katanya kepada wartawan di Parlimen.

Santiago berkata dia tahu identiti pegawai kanan Kastam tersebut tetapi enggan mendedahkannya buat ketika ini.

Ahli Parlimen Pembangkang itu berkata ia diberi penerangan lengkap oleh agen-agen penghantar kargo, yang rapat dengan Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

(Kredit: Pulakdah!)

 P/s: Ada pihak yang mendakwa Ahmad Sarbani dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu. Kini semakin banyak pihak yang berpendapat demikian. Semalam juga kecoh fasal kakitangan Kastam yang dikatakan melakukan mogok di Perlabuhan Klang.

, ,

[PANAS] Kesatuan Kastam Sangsi Ahmad Sarbani ke SPRM TANPA Dipanggil (Jeng..jeng...jeng)


Yang menjadi isu, sama ada Ahmad Sarbani dipanggil secara rasmi ke SPRM pada hari kejadian atau beliau datang tanpa dipanggil. Pegawai SPRM mendakwa Sarbani datang ke SPRM tanpa membuat janji temu. Hal ini dipersoal oleh Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia. Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Ada yang tidak kena!!!

Lanjut, baca petikan berita di bawah ini:

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

“Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

“Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional,” katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

“Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik,” katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada sidang media semalam,  Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

P/s: Semakin banyak pihak merasakan ada sesuatu yang tidak kena!!!


Rabu, 6 April 2011

Mustahil Sarbani (Pegawai Kastam) Bunuh Diri, Kata Rakan (Jeng..jeng...jeng!)

Sarbani

Ada pengunjung blog ini mendakwa Sarbani ke SPRM kerana menukar pengakuan daripada bersalah kepada tidak bersalah. Tindakan itu membuatkan pegawai SPRM menjadi berang. Benarkah begitu?

TMI pula melaporkan bahawa rakan-rakan Sarbani yang terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu yang berusia 56 tahun itu mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
 
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media. Saudara-mara juga  enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Laporan penuh TMI boleh dibaca di sini.

P/s: Anda tidak terhidu sesuatu yang tidak kena dengan kes ini?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH