Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label PRU. Papar semua catatan

, , , ,

Selasa, 22 Mac 2016

PRU-14: PAS Sedia Hadapi Pakatan Harapan - Hadi




KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk menentang parti dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu pada masa ini tidak merancang untuk berundur daripada mana-mana kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

"Kita tetap dengan pendirian untuk kekal dengan gabungan kita sendiri pada ketika ini.

"Terpulang pada pihak lain (Pakatan Harapan atau Barisan Nasional) untuk menerima konsep kita atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan parti itu akan berbincang dengan PKR bagi mengelak bertanding kerusi yang sama dan pertembungan tiga penjuru dalam kalangan pembangkang.

Pada 17 Mac lepas, PAS mengumumkan pembentukan permuafakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sekali gus mewujudkan blok politik ketiga di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang baik, termasuk dalam soal politik.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini perjuangan kedua-dua parti masih berbeza.

"Sehingga sekarang kita (PAS dan BN) masih perlu bertanding, kita tunggulah pilihan raya umum nanti," katanya. -Mstar/21/3/16


, ,

Khamis, 10 Mac 2016

[Video] Sahkah Kemenangan Semua Calon BN Selepas Didakwa Belanja Melebihi Had dalam PRU13?



KUALA LUMPUR, 10 MAC: Barisan Nasional didakwa membelanjakan lebih RM1.5 bilion untuk pilihanraya umum ke-13 lalu, iaitu melebihi had dan menjadi kesalahan kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Peguam, Zulhazmi Shariff, berkata mengikut seksyen 19 (1) akta berkenaan, calon bagi setiap kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) atau ejennya hanya dibenarkan berbelanja tidak melebihi RM200,000 manakala kerusi Dewan Negeri (DUN) terhad kepada RM100,000.

Dengan itu, beliau menjelaskan, oleh kerana Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen, had untuk berbelanja untuk kesemua kerusi tersebut tidak boleh melebihi RM44.4 juta manakala kesemua 576 kerusi DUN tidak boleh melebihi RM57.6 juta, iaitu had jumlah keseluruhan adalah RM102 juta sahaja.

“Jumlah maksimum keseluruhan tersebut amat jauh dengan jumlah RM1.5 bilion yang dibelanjakan oleh BN dalam PRU13 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli DAP berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang dikatakan menyebut bahawa Datuk Seri Najib Razak pernah memberitahu ketua-ketua perhubungan UMNO negeri tentang BN membelanjakan RM1.5 bilion pada PRU lalu.

“Perkara pokoknya ialah penggunaan lebih RM1.5 bilion di dalam PRU13 yang lalu,” ujarnya.

Beliau bertegas bahawa dengan pengakuan Mukhriz, dan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua Menteri Melaka, tentang RM1.5 sebagai belanja pilihanraya BN, ia bererti kesemua calon BN yang bertanding pada PRU lalu menyalahi undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah.

“Fakta tersebut secara langsung menunjukkan bahawa BN tidak menghormati undang-undang negara dan telah menipu demi kuasa.

“Adakah ini bermakna kita masih lagi boleh menerima dan masih boleh membiarkan Najib berkuasa sebagai Perdana Menteri?

“Adakah ini bermaksud kita masih lagi boleh memberikan masa kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tamat tempohnya?” Katanya. – Roketkini.com




, , , ,

Ahad, 1 November 2015

DAP Tidak Akan 'Tikam Belakang' Macam PAS - Tony Pua



DAP tidak akan 'menikam belakang' dalam Pakatan Harapan sepertimana yang dilakukan PAS yang meletakkan calon di kerusi Kota Damansara milik PKR pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan Umno menang, kata Pengerusi DAP Selagor Tony Pua.

Beliau berkata DAP akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) jika mereka ingin bertanding di lapan kerusi DUN yang menjadi kubu kuat PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pua berkata buat masa ini, sama ada DAP akhirnya akan bertanding lapan kerusi itu tidak penting, sebaliknya mahu memastikan jentera parti itu bergerak dan sedia memberi sokongan penuh kepada AMANAH jika parti Islam itu mahu bertanding di situ.

"Tujuan DAP terus terang. Kita ingin supaya kelapan-lapan kerusi di mana DAP mempunyai sedikit-sebanyak pengaruh akan dimenangi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.

"Bersama dengan kawasan DUN yang sedang dipegang oleh DAP, PKR dan Amanah, Pakatan Harapan akan berjaya menubuhkan kerajaan yang baru di Selangor dengan majoriti yang stabil.

"Sama sekali kita percaya, dalam mana-mana kerusi yang DAP bertanding, PKR dan Amanah juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kita," kata Pua dalam ucapan konvensyen DAP Selangor hari ini.

Pua berkata walaupun DAP akan terus berdalam sebuah kerajaan gabungan secara ad-hoc tetapi ia tidak akan akan kekal selama-lamanya, maka parti itu akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

"Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan. Apatah lagi PAS telah berulang-kali menegaskan bahawa mereka telah memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon-calon PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dipegang oleh DAP.

"Oleh sebab itu, adalah menjadi keutamaan kepada DAP Selangor untuk mengambil langkah mengukuhkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke-14. Dalam pilihanraya yang lalu, PAS bertanding dalam 22 buah kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang 15 di Selangor," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan jentera DAP untuk bermula persiapan untuk bertanding di lapan kerusi PAS iaitu Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru.

Menurutnya lagi, Edry Faizal dilantik menyelaras Pusat Komuniti dan Khidmat DAP DUN Taman Templer dan bakal Majlis Makan Mengumpul Dana DUN itu Taman Templer pada 17hb Disember depan.

"Aktiviti-aktiviti parti DAP dan Pakatan Harapan tengah diaturkan untuk semua kawasan-kawasan tersebut," katanya dalam ucapan itu. - Malaysia Kini/1/11/15


, ,

Sabtu, 17 Oktober 2015

AMANAH: Rampas Peluang Ketika Umno, PAS Lemah


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam realiti politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

“PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kiuta fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

“Tetapi saya tidak setuju,” kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.


“Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka,” kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama. -Malaysia Kini/17/10/15


, , ,

Ahad, 11 Oktober 2015

Mat Sabu: Amanah Sedia Tanding 3 Penjuru Lawan PAS Jika Terpaksa



Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.

Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.

"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya.

"Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.

Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.

Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.

Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.

Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.

"Di Johor, Amanah mempunyai peluang lebih cerah untuk menang berbanding PAS kalau berlaku pertandingan 3 penjuru kerana sikap pengundi Cina yang memihak kepada Pakatan Harapan.

"Di Kelantan pula, jika berlaku pertandingan 3 penjuru, kedua-dua PAS dan Amanah akan kalah dan Umno akan menang," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Kulai.

Amanah akan bertanding di seluruh negara namun fokus kini diberikan kepada negeri pantai barat dan selatan, khasnya Selangor dan Johor, berbanding negeri pantai timur dan utara. – The Malaysian Insider/11 Oktober, 2015.


, , , , , ,

Ahad, 20 September 2015

PAS Tekad Lawan 3 Penjuru di Kerusi Bekas Wakil Rakyatnya



PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.

Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).

"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.

Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang

"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.

Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.

Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.

"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.

PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.

Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya. – The Malaysian Insider/19 September, 2015.


,

Khamis, 10 September 2015

PAS dalam Bahaya, Menang kerana PR


SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

“Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

“Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

“Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

“Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

“Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

“Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina,” katanya lagi. -Sinar Harian/9/9/15


, ,

Isnin, 7 September 2015

Pas Mahu Letak Calon Kerusi Ditandingi DAP, Apa Kata DAP?




KUALA PILAH - Pas mahu meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini pada PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan tersebut, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga akan meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti untuk kerusi berkenaan.

“Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti PRU akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu. 

“Pas tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon kita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihanaraya Pas dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili Pas.

“Saya yakin ada ramai wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas yang layak serta boleh diketengahkan menjadi calon kepada Pas nanti,” katanya.

Menurutnya, tidak salah jika calon bukan Islam mewakili Pas, selagi mereka mendukung serta menyokong konsep perjuangan parti.

Bahkan katanya, mengikut hukum syariat Islam berbeza dengan ideologi lain, Islam boleh melantik orang bukan Islam sebagai menteri, bagaimanapun dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.

“Ini berlaku pada awal Islam, di mana ada di kalangan orang bukan Islam yang mendukung pemerintahan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam,” katanya ketika ditemui pada program Himpunan Istiqamah Pas di Melang Inn di sini, semalam.

Turut serta, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun. 

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu kenyataan adil dan telus bagi memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan isu RM2.6 bilion yang kini hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa.

“Saya mahu supaya satu penyiasatan dan kenyataan yang adil dan telus dapat dilaksanakan. 

"Sebagai tanggungjawab moral, Najib mesti menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya berlaku,” katanya. - Sinar Harian/7/9/15

Respons DAP:

Guan Eng Terbuka PAS Tanding Kerusi DAP

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng mengalu-alukan hasrat PAS untuk bertanding di kerusi milik DAP, memberitahu mereka supaya mencuba nasib di kerusi Air Putih terlebih dahulu.

"Saya tidak terkejut kerana ini adalah sejajar dengan pendirian terkini PAS yang menjadi musuh. Ia hanya dalam jangkaan.

"Jika PAS sangat yakin untuk bertanding di kubu kuat DAP, kerana ia hak mereka dalam sistem demokrasi, maka kita dengan rendah diri menerima cabaran tersebut.

"Pertama sekali, saya mempelawa mereka untuk bertanding di kawasan saya, Air Putih," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAP tidak akan bertanding di kerusi milik PAS.

"Musuh kami adalah Barisan Nasional, Umno dan rasuah," katanya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beberapa portal berita melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata mereka sedang merancang untuk bertanding di kerusi milik DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Tindakan tersebut dilihat sebagai serangan balas terhadap parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) yang menunjukkan kecenderungan bertanding di kerusi milik PAS. -Mstar/7/9/15


, , , ,

Rabu, 12 Ogos 2015

PKR Saman Najib, Dakwa Lakukan Kesalahan Pilihan Raya dengan ‘Derma’ RM2.6 bilion



PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan sumbangan derma RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan.

PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah.

Beliau juga menggesa agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula.

Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu.

Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu.

Turut menyaman adalah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Dzulkefly Ahmad dan turut dinamakan sebagai plaintif adalah dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – The Malaysian Insider/12 Ogos, 2015.


, , , ,

Isnin, 22 Jun 2015

DAP: Pakatan Boleh Pecah Awal Jika Menang PRU13, Mengapa?


Pakatan Rakyat mungkin berpecah lebih awal jika gabungan pembangkang itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya, beliau berkata ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.


"Krisis Pakatan mungkin berlaku lebih awal jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu, kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon Pakatan menjadi perdana menteri," kata Lim.

Tahun lalu, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mendedahkan bawa PAS bawah Hadi menolak pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sebaliknya menyebelahi pemimpin veteran Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Minggu lepas DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, manakala PAS masih bertegas Pakatan masih lagi kekal.

Bagaimanapun, Lim berkata gabungan pembangkang itu sebenarnya telah mati sekurang-kurangnya setahun yang lalu, dan hanya wujud sekadar pada nama sahaja.

"Sejak setahun lalu Pakatan wujud hanya pada nama, bukan secara hakikatnya disebabkan Hadi melanggar dua prinsip asas Pakatan, rangka kerjasa dasar bersama Pakatan.

"(Hadi juga melanggar) prinsip konsensus operasi bahawa persetujuan ketiga-tiga parti komponen Pakatan diperlukan bagi melaksanakan mana-mana cadangan Pakatan," kata Lim lagi.- Malaysia Kini/21/6/15


, , , , ,

Sabtu, 20 Jun 2015

WSJ: Najib Didakwa Guna Dana 1MDB untuk PRU13


Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.


Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.

WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.

Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013. -Malaysia Kini/19/6/15

, ,

Rabu, 22 April 2015

Hudud: "Keselamatan rakyat lebih penting daripada menang pilihan raya" - Haji Hadi

Foto TMI

SHAH ALAM: Memastikan rakyat selamat menerusi pelaksanaan hudud adalah lebih penting daripada memenangi pilihan raya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, perjuangan parti itu bukan hanya berlandaskan politik, tetapi adalah untuk keselamatan rakyat sepanjang masa.

“Kita tak menang pilihan raya pun tak apa asalkan rakyat selamat. Berbeza dengan orang yang hendak menang pilihan raya… huru-hara pun tak apa,” ujar beliau pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ anjuranSinar Harianpada Rabu.

Tegas Abdul Hadi, beliau mahukan negara ini selamat dan tiada keinginan untuk berebut kuasa menjadi pemimpin.

Katanya, ramai dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju dengan hudud kerana mereka takut kehilangan pengundi-pengundi bukan Islam.

Namun, kata beliau pada masa kini sudah ada dari kalangan yang bukan Islam menyokong pelaksanaan undang-undang syariah termasuk hudud hasil dari sesi dialog yang kerap diadakan sebelum ini.

“Tapi ada orang ni takut (PR) tak menang di Sarawak… (dan mereka) nak menang di Sarawak. Tetapi kita perjuangan bukan hanya politik, tapi untuk perjuangan rakyat sepanjang masa,” kata Abdul Hadi lagi.

Bulan lalu, DAP Sarawak telah bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri itu selepas kerajaan negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen mendakwa bahawa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama Pakatan Rakyat dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Selain itu, kenyataan Abdul Hadi hari ini juga menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tujuan pelaksanaan hudud oleh PAS itu adalah kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Dr Mahathir, ia bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS’ dan bukan dilaksanakan atas nama Islam.

“Kalau ada orang sebut (hudud) ni sebagai hudud PAS, maknanya dia tidak faham apa itu hudud,” tambah Abdul Hadi. - Astro Awani/22/4/15




, ,

Isnin, 12 Januari 2015

Mejar Zaidi Seorang Wira Tanpa Perlu Angkat Senjata


[The Malaysian Insider] Mejar Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana mendedahkan masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun sebenarnya beliau seorang wira tanpa perlu mengangkat senjata.

Walaupun bakal kehilangan jawatan dan punca pendapatannya, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berani menyuarakan sesuatu yang dirasakan tidak betul berlaku dalam negara.

PRU13 lalu yang paling sengit dalam sejarah Malaysia menyaksikan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kekal dan mudah ditanggalkan, dan Zaidi merupakan orang terawal yang membuat laporan polis tentangnya.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil PRU13.

SPR akhirnya mengaku pada November 2013 dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal tetap akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada tindakan terhadap SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal kerana kegagalan dakwat itu berfungsi dengan baik semasa PRU13 lalu, namun hanya Zaidi yang menjadi mangsa.

Sudah lama Malaysia tidak mempunyai penjawat awam berprinsip seperti Zaidi yang mendahulukan kebenaran berbanding pangkat, gelaran dan kemewahan jika memilih untuk berdiam diri.

Ketika diberikan peluang oleh Mahkamah Tentera untuk merayu bagi meringankan hukumannya hari ini, Zaidi berkata: "Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah."

Jelas keyakinan Zaidi sedikit pun tidak goyah walaupun hukuman yang bakal diterimanya mungkin akan menyebabkan beliau bakal kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Ketika diwawancara The Malaysian Insider tahun lalu, Zaidi berkata, beliau sudah mengetahui kesan yang bakal diterimanya akan tetapi terkejut tiada tindakan kepada SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal itu.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar yang dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya kepada The Malaysian Insider tahun lepas.‎ - Amin Iskandar

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran."

Jika semua penjawat awam mempunyai sikap seperti Zaidi, mungkin Malaysia sudah lama menjadi negara maju dan kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2020.

Mungkin Zaidi merupakan pencetus kepada lebih ramai lagi penjawat awam yang akan bersuara sekiranya sesuatu yang tidak benar berlaku.

Mungkin juga tidak, akan tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia akan melihat Zaidi sebagai pegawai TUDM yang berani mempertahankan demokrasi di Malaysia.

Bagi sesetengah orang, Zaidi merupakan seorang wira, tanpa perlu mengangkat senjata. – 12 Januari, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mejar-zaidi-seorang-wira-tanpa-perlu-angkat-senjata#sthash.T6nXdELR.dpuf

, ,

Mejar Zaidi Dipecat, Enggan Rayu Keputusan


[Malaysia Kini] Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran.

"Mahkamah secara sebulat suara menjatuhkan hukuman dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda," kata Yang Dipertua Mahkamah, Kolknel Saadon Hasnan.

Menurut Saadon, hukuman itu dibuat dengan mengambil kira rekod cemerlang Zaidi selama 26 tahun satu hari yang tiada masalah disiplin.

Mahkamah diberitahu Zaidi pernah dianugerahi pingat Kesatria Angkatan Tentera - pingat tertinggi yang dikurniakan kepada pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah.

"Pesalah telah banyak berbakti kepada TUDM selama 26 tahun dan sewaktu berkhidmat di Bosnia.

"Rekod pesalah adalah cemerlang dan bersih dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman ini," kata Saadon.

"Isunya bukan dakwat kekal tetapi membuat kenyataan media tanpa kebenaran," kata Saadon lagi.

Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan ini adalah penjara selama dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.

Zaidi yang bercakap kepada media selepas mahkamah ditangguhkan petang ini bagaimanapun berkata enggan merayu terhadap hukuman itu.

Beliau menjawab ringkas "tak" sewaktu ditanya jika akan merayu kes ini.

"(Saya) terima takdir Allah," kata juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Ditanya wartawan jika beliau menyesal dengan keputusan hari ini, Zaidi menjawab ringkas , "Nak menyesal buat apa, kita buat benda betul".

Melangkah sugul

Bagaimanapun, wajah Zaidi kelihatan seperti cuba menyembunyikan riak-riak kesedihannya.

Matanya kemerah-merahan dan senyumannya petang ini ringkas dan tidak seceria sebelum ini apabila melemparkan pandangan kepada lensa kamera.

Beliau juga hanya bercakap ringkas kepada wartawan sewaktu menjawab soalan.

Sebelum itu, dalam galeri mahkamah Zaidi juga kelihatan sugul selepas keluar dari kandang tertuduh apabila hukuman dijatuhkan.

Sementara itu, BERSIH dalam reaksi segera menyifatkan hukuman hari ini sebagai pengorbanan seorang perajurit kerana bercakap benar dalam hal ehwal tanah airnya.

"BERSIH kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau.

"Ini terutamanya apabila kita semua maklum bahawa beliau memperjuangkan isu ini (dakwat kekal) kerana komitmennya kepada tanah air.

"Beliau membayar harga kerana bersuara terhadap pilihan raya yang sumbang," kata Bendahari BERSIH, Masjaliza Hamzah. -12/1/14


, ,

Peguam Utama Mejar Zaidi Tidak Hadir Tanda Protes



[Malaysia Kini] Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.

Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.

Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:

Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.

Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.

Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".

Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.

Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.

Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.

Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu. -Hafiz Yatim/ 12/1/14

, , ,

Selasa, 4 Mac 2014

Bersih Lancar ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’



[KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’ untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.

“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?” kata Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Katanya, BERSIH 2.0 menganjurkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mereka mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid.

“BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria dalam kenyataan.

Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan ‘Gugur pertuduhan Mejar Zaidi’ dan ‘Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi’.

Penyokong diminta menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar bermula pada bulan April ini.

Maria turut menyeru orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur. - 4/3/14





, , ,

Selasa, 27 Ogos 2013

Palsukan Borang 14, PAS Buat Laporan Polis terhadap SPR



[TMI] PAS membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berikutan tindakan petugas badan pengendali pilihan raya itu memalsukan borang 14 di kebanyakan kawasan pilihan raya yang dicabar dengan petisyen oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Pemimpin kanan PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahamd, Dr Hatta Ramly dan Datuk Kamaruddin Jaafar adalah di antara yang hadir ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis beramai-ramai.

Laporan polis dibuat kerana dalam kebanyakan hujah mahkamah untuk menolak petisyen pilihan raya mengatakan tindakan memalsukan borang 14 adalah kesalahan jenayah. – 27 Ogos, 2013.



, , ,

Khamis, 1 Ogos 2013

PAS Lapor Polis Petisyen Pilihan Raya Ditolak dengan Alasan Rapuh


[BO] KUALA LUMPUR : PAS akan membuat laporan polis ekoran 13 dari 18 petisyen pilihanraya umum lalu yang difailkan, telah pun ditolak oleh mahkamah berdasarkan “sebab kecil”.

Peguam PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata mahkamah menolak dengan alasan rapuh dan teknikal.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mohamed Hanipa menegaskan bahawa daripada 18 petisyen yang difailkan oleh parti itu, 13 telah pun dibuang kerja berdasarkan “kecil” sebab.

“Mahkamah telah menolak banyak petisyen kami berdasarkan alasan rapuh dan teknikal. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggunakan (membuat) laporan polis dan biarkan mereka (polis) menyiasat ia (perkara tersebut) dari sini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS disini semalam rabu 31 Julai.

Peguam itu juga menambah bahawa di negeri Kelantan, bantahan yang dibuat oleh pihak PAS tidak diterima oleh mahkamah sebaliknya bantahan yang dibuat oleh Umno telah diterima.
“Ini tidak seiringan dengan proses demokrasi,” katanya.

PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara secara kolektif, kesemua petisyen pilihan raya yang telah melalui proses undang-undang.


Berita Lain:

Pas Persoal Pengendalian Petisyen PRU13

[HD] KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.

Tutup penyelewengan?

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.

"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.

Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).


Kesalahan Isi Borang 14 oleh KTM, PAS Buat Laporan Polis



[TMI[] KUALA LUMPUR: PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara berhubung dengan kesalahan pengisian Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan polis tersebut akan dibuat di kawasan petisyen yang dikemukakan oleh PAS yang ditolak pada pendengaran awam lalu.

Hanipa berkata, tindakan laporan polis itu dibuat kerana mahkamah pilihan raya tidak menerima kesalahan KTM yang tidak mengisi maklumat yang tepat di dalam Borang 14 sebagai salah satu kesalahan di dalam PRU13 lalu, kerana menganggapnya sebagai kesalahan jenayah.

"Kita akan membuat laporan polis di semua tempat petisyen yang telah ditolak oleh mahkamah.

"Perkara ini kita ambil serius apabila kita menggunakan kesalahan KTM mengisi maklumat yang tidak tepat dan palsu berhubung dengan jumlah undi dalam Borang 14 telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan ia kesalahan jenayah.

"Jadi bila kesalahan jenayah maka laporan polis akan dibuat dan kita harap pihak polis membuat siasatan serta mendakwa jika terbukti kesalahan tersebut," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.

Hanipa memberitahu, kesalahan pengisian Borang 14 terkandung di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang meminta agar Pegawai Pilihanraya mengisi dokumen dengan betul.

"Kita akan berbincang dengan pimpinan PAS berhubungan dengan laporan polis ini dan ia akan dilakukan secepat mungkin selepas cuti Hari Raya nanti.

"Selain itu juga laporan polis yang dibuat akan dipantau sepenuhnya oleh barisan peguam dari Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham)," sambung beliau.


, , ,

Selasa, 23 Julai 2013

Selain Dakwat Kekal Tidak Kekal, Mohamed Salleh Turut Terima Kontrak Bekal Topi


[SH] PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan topi untuk petugas dan pegawai SPR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.

Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.

"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada tiga syarikat.

"Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak diberi kepada satu syarikat sahaja?

"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.

Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta.

"Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000 pegawai dan 250,000 petugas SPR.

"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya.




, , , ,

Selasa, 16 Julai 2013

Pasangan Alvin dan Vivian Pernah Kempen untuk BN Sebelum PRU13

Pasangan ini menulis "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!" dan "Alvian & Vivian Sokong Najib Gor 100%" dalam satu kiriman sebelum PRU13 yang lalu.
Kebanyakan blog mesra UMNO mengaitkan Alvin dan Vivian dengan DAP atau Pakatan Rakyat. Hujah dan sandaran mereka berdasarkan gambar Vivian dengan Nurul Izzah yang tersebar di media sosial sebelum PRU13 dahulu. 

Namun begitu, banyak yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pasangan ini pernah mengirimkan gambar yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN di media sosial. Cuba lihat gambar di atas. Dalam satu kiriman, pasangan ini menulis "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!" dan "Alvian & Vivian Sokong Najib Gor 100%"Setahu TM, pasangan ini tidak pernah mengepos apa-apa kiriman yang menguntungkan DAP ataupun PR.

Walaupun Vivian pernah dikritik kerana bergambar seolah-olah berbogel sambil memegang bendera dacing, namun hal tersebut dinafikan oleh pasangan itu yang mendakwa Vivian memakai pakaian di balik bendera itu. Kes itu senyap begitu sahaja. Tiada kekecohan seperti yang berlaku pada hari ini. Adakah kiriman gambar pasangan tersebut seperti di atas menguntungkan BN semasa PRU13 dahulu? Jika kiriman pasangan itu menghina BN, mengapa senyap sunyi sehingga kini?

Hari ini, pasangan Alvin dan Vivian dikecam hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana mengepos gambar yang didakwa oleh banyak pihak menghina kesucian Ramadan dan umat Islam. Hal ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.- DCM

Berita berkaitan dengan dakwaan pasangan ini menghina Ramadan:




P/s: Dalam kemaruk kita marahkan pasangan Alvin dan Vivian, ketahuilah kini sudah ada Bah Kut Teh halal. Baca di sini.




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH