Selain Dakwat Kekal Tidak Kekal, Mohamed Salleh Turut Terima Kontrak Bekal Topi
[SH] PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan topi untuk petugas dan pegawai SPR.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.
Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.
"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada tiga syarikat.
"Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak diberi kepada satu syarikat sahaja?
"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.
Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta.
"Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000 pegawai dan 250,000 petugas SPR.
"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.