Polis Akan Siasat Kes Sebar Gambar Murid Makan dalam Bilik Mandi dan Persalinan
[MK] Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.
Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Gambar yang berlegar di Facebook itu dilaporkan mencetus kontroversi di kalangan pengguna Internet
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.
Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.
Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.
Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.
Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.
Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.
Kamalanathan juga berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan.
P/s: Patutkah polis menyiasat si ibu yang mengadu di FB?
Pada TM, pengadu dan pihak sekolah perlu bersemuka dan menyelesaikan isu ini, bukannya digertak dengan pelbagai tindakan.
Sebagai akibatnya, akaun FB ibu pelajar itu kini sudah dipadam.Yang peliknya, akaun FB GB itu juga dipadam. Mengapa?
Pada TM, pengadu dan pihak sekolah perlu bersemuka dan menyelesaikan isu ini, bukannya digertak dengan pelbagai tindakan.
Sebagai akibatnya, akaun FB ibu pelajar itu kini sudah dipadam.Yang peliknya, akaun FB GB itu juga dipadam. Mengapa?
Selain GB, pengadu juga khabarnya mendakwa turut menerima ugutan. Persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan kian buruk. Walhal jika sekolah mengambil pendekatan yang lebih bijak, misalnya berjumpa dengan ibu bapa yang mengadu dan berbincang dengan mereka atau memasang khemah untuk dijadikan tempat makan, isu ini tidak akan timbul.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.