JAWI TIDAK Pernah Keluarkan Surat Kebenaran Kutip Derma, Kecuali...
[HM] Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada mana-mana pertubuhan mahupun orang perseorangan yang mahu mengutip derma untuk golongan fakir, masjid atau surau sejak 10 tahun lalu.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, sekiranya ada pihak yang menjadikan surat kebenaran dengan cop JAWI sebagai bukti, ia palsu dan bertujuan mengaburi mata masyarakat untuk menjalankan aktiviti pungutan derma.
“JAWI sudah lama tidak mengeluarkan surat kebenaran atau permit bagi mengizinkan mana-mana pihak atau individu untuk mengutip derma daripada orang ramai. Hanya kutipan derma dikhaskan untuk rakyat Gaza di Palestin saja yang mendapat kelulusan JAWI.
“Bagi pertubuhan yang mewakili golongan fakir miskin atau anak yatim, mereka sebenarnya tidak perlu pun mengutip derma, sebaliknya kemukakan permohonan kepada Baitulmal dan kami sememangnya mempunyai dana khas untuk membantu golongan ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Selain itu, beliau berkata, individu yang tergolong sebagai asnaf dan fakir sepatutnya menggunakan saluran atau prosedur yang betul jika mahu memohon sebarang bantuan.
Menurutnya, bantuan boleh dimohon daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Baitulmal Wilayah Persekutuan (Baitulmal).
“Banyak laporan kita terima menyatakan golongan ini tidak mahu memohon bantuan dengan cara betul berikutan perlu menyediakan dokumen yang banyak,” katanya.
Katanya, sepanjang operasi pemantauan dilakukan pihaknya sejak tiga minggu lalu, 12 individu ditahan membabitkan 133 tabung kutipan derma di sekitar ibu negara dan Putrajaya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.