Kes Rayuan Liwat II Ditangguhkan, Pelantikan Ketua Pasukan Pendakwaan Dibantah
[SH] SHAH ALAM - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.
Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit.
Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.
Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".
Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.
P/s: Peguam yang rapat dengan UMNO dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan.
Adakah plot awal Drama Liwat II ini memberikan klu kepada penyudah drama ini?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.