Bantah TPPA, Polis Tahan Peserta Protes Guna Undang-undang Dadah
Polis Guna Undang-undang Dadah Tahan 11 Peserta Protes TPPA
[MK] Peserta yang membantah Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) bingung apabila polis menuduh mereka menggunakan dadah dalam usaha untuk memaksa mereka beredar dari depan sebuah hotel di Kota Kinabalu di mana rundingan TPPA sedang dijalankan.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu yang merupakan antara mereka yang ditahan berkata, walaupun mereka mengadakan protes di seberang jalan dari Hotel Sutera Harbour, tetapi pihak polis datang dan menghimpunkan 11 peserta terbabit dan memberitahu bahawa mereka ditangkap mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kami diminta mengikut mereka ke balai polis untuk ujian air kencing.
"Kami tidak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku, jadi kamu ikut mereka," katanya.
Kemudian, tiga orang lagi ditahan di luar ibu pejabat polis daerah Karamunsing ketika mereka datang untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang ditahan.
Seksyen 15 Akta tersebut menyatakan ia satu kesalahan untuk mengguna atau mengambil sebarang dadah berbahaya.
Bagaimanapun, kata Lahirul, selepas kesemua 11 peserta protes itu menjalani ujian air kencing mereka, kenyataan mereka pula dirakamkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).
"Setahu saya, ujian air kencing kesemua 11 daripada kami adalah negatif.
"Ia hanyalah alasan untuk membawa kita ke balai polis kerana kami kemudiannya disiasat di bawah APA," katanya kepada Malaysiakiniketika dihubungi.
Lahirul berkata, dua orang peguam yang datang untuk membantu mereka, juga diminta oleh pihak polis memberi keterangan sebagai saksi.
Pada masa berita laporan ini ditulis, para tahanan masih dalam proses kenyataan mereka dirakam.
Lahirul berkata gabungan NGO yang berpusat di Sabah itu dan parti-parti politik, memulakan bantahan mereka di pintu masuk ke Sutera Harbour pada pukul 8 pagi dengan seramai kira-kira 50 orang.
Mereka kemudiannya diminta oleh polis supaya jangan menghalang pintu masuk dan mereka mematuhinya dengan berpindah ke kawasan kira-kira 50 mereka di seberang jalan.
Bagaimanapun, pada kira-kira jam 9 pagi, polis datang untuk menangkap mereka.
Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia, Suaram, dalam satu kenyataan, mengutuk penangkapan tersebut.
P/s: Amat memalukan!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.