Hadiah PRU13, 1 079 Kamera AES Akan Dipasang di Seluruh Negara
[TMI] Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.
Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.
"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.
Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.
"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.
"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi.
Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.
Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013.
P/s: Siapa yang untung? Baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.