Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label terima kasih pencacai BN. Papar semua catatan

,

Selasa, 22 April 2014

PTPTN Senarai Hitam, Jika Tidak Bayar 20 Bulan





[TMI] Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenarai hitamkan nama peminjam sekiranya tiada bayaran yang diterima dalam tempoh 20 bulan.

Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan (gambar) berkata PTPTN tidak mengambil tempoh singkat untuk menyenaraikan seseorang peminjam sekaligus dihalang ke luar negara sebaliknya memberi tempoh yang mencukupi.

"Bagi peminjam yang kita senarai hitamkan biasanya mengambil masa selama 20 bulan baru‎ kita senarai hitamkan. Kita mengambil langkah mesra bukan tak bayar sebulan terus senarai hitam.


"Mulanya peringatan, tiga bulan selepas itu notis pertama, notis kedua dan notis ketiga setiap tiga bulan kemudian baru surat tunjuk sebab. Tak bayar juga baru kita masukkan dalam senarai hitam‎," katanya dalam satu sidang media bersempena majlis pelancaran Sahabat PTPTN di KLCC hari ini.

Setakat ini, seramai 130,000 peminjam disenarai hitamkan namun seramai 45,000 tampil untuk berunding dengan PTPTN agar nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu. – Hasbullah Awang Chik/22 April, 2014.


P/s: Tahniah pengundi BN, takziah pengundi PR.


,

Rabu, 1 Januari 2014

Tarif Elektrik di Malaysia dan Singapura Mulai Tahun 2014


P/s: Best mengundi BN?

Terima kasih pencacai BN!

,

Ahad, 15 Disember 2013

Tambang Bas Sekolah Akan Naik 1 Januari 2014



Tambang Bas Sekolah Naik 40% Mulai 1 Jan Jika SPAD Tidak Umum Kadar Baru

[AA] MUAR: Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.

Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan mereka akan menanggung rugi.

Pada 26 November lalu, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan memperhalusi permohonan tersebut kerana setiap keputusan yang akan diambil adalah melihat kepada kepentingan semua pihak.

Syed Hamid berkata, tidak semudah itu untuk pihaknya meluluskan kenaikan tambang bas sekolah kerana jumlah yang diminta bukan kecil serta mungkin tidak dipersetujui pihak lain dan pengusaha bas sekolah sebelum ini mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD.

Kata Syed Hamid lagi, mereka berani melakukan perkara tersebut kerana tahu perkhidmatan bas sekolah merupakan satu keperluan setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah dan keadaan itu membuatkannya tidak ada pilihan lain.

Amali Munif berkata, PPPBSM dimaklumkan pihak SPAD bahawa permohonan sebelum ini masih dalam peringkat kajian dan sekiranya kadar 40 peratus itu tidak diluluskan berkemungkinan banyak pengusaha bas akan menghentikan operasinya.

Selain masalah itu katanya, PPPBSM juga berdepan dengan syarat yang ditetapkan kerajaan supaya bas sekolah melebihi usia 30 tahun tidak dibenarkan lagi beroperasi atas faktor keselamatan.

Beliau memberitahu, terdapat 3,000 bas di bawah PPPBSM sudah melebihi usia 30 tahun dan walapun dalam bajet 2013 kerajaan meluluskan skim penggantian bas sekolah SPAD melalui pemberian rebat RM10,000, tawaran itu tidak dapat menyelesaikan masalah.

Menurutnya, klasifisasi bas melebihi 30 tahun sudah tidak selamat digunakan agak kurang tepat kerana keadaan bas sekolah bergantung penggunaan, penyelenggaraan dan model kenderaan itu. - 15/12/13

,

Sah, Tol NAIIIIIKKKKKK!!!!


Kenaikan Tol Terkandung dalam Perjanjian Konsesi - Abdul Wahid

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. 

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, hari ini. 

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba. 

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya. 

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya. 

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. 

Terdapat 13 lebuh raya yang terbabit dalam semakan semula kadar tol itu. 

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. 

"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. - 15/12/13


P/s: Apa macam pengundi BN? Best?

Yang kita tak faham bagaimana perjanjian konsensi lebuh raya ini dibuat? Mengapa perjanjian itu menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat? Walhal jumlah tol sepatutnya hanya untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan bukannya untuk mengumpul keuntungan berlipat kali ganda.

Yang pasti orang yang terlibat dengan perjanjian konsensi ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tol, rakyat juga yang terpaksa mengeluarkan kos tol yang amat membebankan.

Kerana pencacai, majoriti rakyat menderita.


, ,

Rabu, 11 Disember 2013

SPAD Beri Isyarat Kenaikan Tambang LRT, Monorel



[TMI] Ketika keadaan belum reda dengan kritikan terhadap kenaikkan tarif elektrik baru-baru ini serta harga barangan lain, Tan Sri Syed Hamid Albar memberi isyarat tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan,

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) tersebut memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.

"Sudah 10 tahun tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan naik tahun depan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar harian The Malay Mail hari ini.

Bagaimanapun, Syed Hamid memberi jaminan kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat.

Ketika ini tambang LRT berkadar antara 70 sen ke RM5.90.

Heidzir, 35, seorang penumpang yang menggunakan pengangkutan awam tersebut setiap hari berulang-alik dari Putrajaya ke Bangsar menyatakan rasa tidak puas hatinya.

"Saya menggunakan pengangkutan awam supaya dapat berjimat cermat, tapi kalau naik apa gunanya saya guna tren ini.

"Minyak pun naik, tol pun mungkin naik, tambang tren pun nak naik juga. Tren ini kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang tidak berkemampuan," kata beliau yang bekerja sebagai jurutera IT.

Putrajaya pada 2 Disember lalu mengumumkan kenaikkan tarif elektrik sebanyak 15% bermula 1 Januari depan.

Sebelum itu, kerajaan pentabiran Datuk Seri Mohd Najib Razak juga telah memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen dan semasa pembentangan Bajet 2014 menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Langkah tersebut menerima kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang Pakatan Rakyat yang menggesa kerajaan menangani ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara lalu. -11 Disember 2013.


P/s: Terima kasih pengundi BN.


,

Isnin, 2 Disember 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Sah, Kadar Elektrik NAIK 15% Mulai 1 Januari 2014


Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari - Maximus

[BH] KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus, iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 

Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj). 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.

Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah. -2/12/13


Tarif Elektrik Naik 15%

[MK] Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. - 2/12/13



P/s: Siapa kata kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna? Teori mana yang digunakan pakai apabila bil naik, harga barang naik, kenaikan itu  tidak akan membebankan pengguna? Siapa kata 70 peratus pengguna tidak akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik? Berapa banyak rumah yang hanya ada lampu kalimantang dan TV 14 inci?

Selepas PRU13, rata-rata pengguna yang membayar bil elektrik sekitar RM80 sebulan terpaksa membayar "kenaikan" misteri bil elektrik sehingga mencecah RM120 sebulan. Bayangkanlah kalau bil elektrik rumah melebihi nilai RM80 sebelum PRU13.

Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai.

Sekarang diumumkan pula kenaikan rasmi tarif elektrik mulai 1 Januari 2014. Sudah untung RM4610 juta pada tahun 2013, mereka masih lagi mahu "menibai" poket kosong rakyat!

Tahniah pengundi BN, anda undi, anda pun turut kena bayar kenaikan bil dan harga barang.


RUMAH SIAPA BIL ELEKTRIKNYA DI BAWAH RM20?



,

Jumaat, 29 November 2013

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh, Berkuat Kuasa 1 Januari 2014 - Tengku Adnan


[Bernama] KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Disember, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini Khamis.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya," katanya.

Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.
"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000.
Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini," katanya.

Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa. - 28/11/13


P/s: Takziah. 

Terima kasih pengundi BN!


, , ,

Sabtu, 26 Oktober 2013

BAJET 2014: GST 6% Berkuat Kuasa 1 April 2015



[MK] Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu.

Antara intipati berkaitan cukai tersebut yang diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2014:

GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.

Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula. -25/10/13


P/s: Seperti dijangka sebelum PRU13. Tahniah pencacai BN, takziah pengundi PR!


, ,

Sabtu, 14 September 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Tambang Bas Mungkin Naik 40%


Minta Tambang Bas Sekolah Naik

[Kosmo] MELAKA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) meminta kerajaan supaya menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter sejak 2 September lalu.

Timbalan Presidennya, Amali Munif Rahmat (gambar kecil) berkata, kenaikan itu wajar dilakukan berikutan kenaikan kos operasi termasuk alat ganti kenderaan.

“Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi semakin meningkat sehingga menjejaskan pendapatan pengusaha bas sekolah di negara ini.

“Ia amat membebankan kerana diesel adalah keperluan utama kira-kira 17,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara berbanding perniagaan lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. -14/9/13



, ,

Sabtu, 7 September 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Upah Penghantaran Gas Naik RM1

Sekadar hiasan.

Upah Hantar Gas Lonjak RM1

[HM] Ipoh: “Harga petrol naik hanya 20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1 untuk sekali penghantaran,” keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubung kenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

Menurut Salmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu.

“Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14 kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkan sehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan beberapa peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan 20 sen selepas kos penghantaran gas masak itu meningkat secara mendadak.

“Harga baru bahan api diumumkan kerajaan pada Isnin lalu ternyata memberi kesan besar terhadap peniaga apabila terpaksa menanggung kos barangan keperluan lain yang dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pembekal,” katanya.

Sementara itu, peniaga sayur-sayuran, Hamid Ali, 42, mengakui keperluan kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan, namun berharap kerajaan dapat mencari kaedah penyelesaian supaya ia tidak mewujudkan inflasi melampau.

“Kerajaan kena fikir bagaimana mengawal harga barangan mentah. Bagi peniaga seperti saya, kami terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang menghantar sayur-sayuran dari Cameron Highlands setiap minggu,” katanya yang 10 tahun berniaga di Pasar Besar Ipoh.

Menurut Hamid, kebanyakan peniaga belum menaikkan harga sayur kerana bekalan lama belum terjual.

“Namun, harga ini bakal berubah selepas bekalan baru memasuki pasaran,” katanya. - 7/9/13



, ,

Jumaat, 6 September 2013

[Edisi Terima kasih kepada Pengundi BN] Harga Ayam NAIK RM0.90 Sekg di Chow Kit


P/s: Penangan kenaikan harga RON95 dan diesel pada 3 September lalu. 


, ,

Khamis, 5 September 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Harga Minyak NAIK, Harga Rumah NAIK



[MK] Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan. - 5/9/13


, , ,

Rabu, 4 September 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Caj Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan NAIK Mulai Hari Ini


, ,

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] RON97 Pula NAIK RM0.15 Sen Selepas Tengah Malam Ini


[MK] Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.


P/s: Terima kasih Kerajaan 48.67%.

Baru kita persoal di sini, mereka sudah buat justifikasi!

Yang kita pelik, menurut Rafizi Ramli, harga minyak dunia kini sedang mengalami penurunan. Kerajaan 48.67% menegaskan sebelum ini bahawa harga RON97 diapung mengikut harga pasaran dunia. Kalau harga minyak dunia menurun, harga RON97 diapung berdasarkan apa?


, , ,

Selasa, 3 September 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Surcaj Bahan Api Kargo Naik


Surcaj Bahan Api Kargo Naik Ekoran Harga Minyak

[MK] Syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.


"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan pelanggan kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Bagaimanapun, Nazari, yang syarikatnya mendepani perniagaan itu di Pelabuhan Klang menegaskan, terpulang kepada syarikat masing-masing untuk menentukan kadarnya kerana industri itu diselia oleh Akta Persaingan 2010.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.


P/s: Harga barang akan naik kerana kos meningkat.


, ,

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Minyak Naik, Pengusaha Bas Mahu Tambang NAIK!


Pengendali Bas Mahu Tambang Naik

[MK] Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas.... 

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres. -3/9/13

,

Isnin, 2 September 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Petrol dan Diesel Naik 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini


Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

[Bernama] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. 


P/s: Terima kasih banyak-banyak pencacai!!!



, ,

Ahad, 25 Ogos 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] 40 Barang Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan


40 Barang Keperluan Asas Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan 

[Bernama] 40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai korporat.

"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.

"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.

Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya. - 24 Ogos, 2013.



P/s: Beli baju kena cukai, beli tayar kena cukai, beli itu kena cukai, beli ini kena cukai. 

Terima kasih pengundi BN!



, ,

Selasa, 20 Ogos 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Bil Elektrik Bakal NAIK!


TNB: Pelarasan Tarif Tak Beban Pengguna

[Bernama] Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.

"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.

"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.

Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.

"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.

Terdahulu, pada majlis itu 130 anak yatim daripada kakitangan TNB menerima sumbangan RM50 seorang. Turut hadir Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.


P/s: Terima kasih pengundi BN. 




,

Isnin, 19 Ogos 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Peminjam PTPTN Akan Disenarai dalam CCRIS, Anda Tahu Implikasinya?


Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara

[Mstar] KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.

Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.


P/s: Anda tahu implikasinya?

Takziah pak cik, mak cik dan  anak muda yang mengharapkan pendidikan percuma terlaksana di bumi Malaysia. Tahniah pak cik  dan mak cik Felda yang menyokong pendidikan berbayar seperti yang diamalkan oleh BN. Tahniah juga anak muda yang mahu berhutang dengan PTPTN dan menolak cadangan pendidikan percuma yang dicadangkan oleh PR.

Tahniah & takziah, anda gagal bayar PTPTN, anda terima akibatnya!

Terima kasih pengundi BN PRU13!!!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH