Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label tol. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2015

Kadar Tol Lapan Lebuh Raya Naik Tahun Depan




PARLIMEN l Kira-kira sebulan selepas mengumumkan kenaikan tol pada 15 Oktober lalu, kerajaan sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol, maka Putrajaya terpaksa membayar RM593.32 juta dalam bentuk pampasan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.


Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.

Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna," katanya.

Fadillah juga menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar. -Malaysia Kini/23/11/15


,

Jumaat, 16 Oktober 2015

MP: Tol Naik Hasil 'Perjanjian Bodoh' Kerajaan



DAP menyifatkan kenaikan harga tol hingga 200 peratus di 18 lebuh raya bermula semalam berpunca daripada “perjanjian terlampau bodoh” dengan syarikat konsesi.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata apa yang berlaku juga hasil perjanjian berat sebelah yang tidak memberi kelebihan kepada kerajaan.

“Kenaikan harga tol bukan kerana kerajaan persekutuan mengalihkan perbelanjaan pampasan tol kepada bidang lain, tetapi akibat perjanjian terlampai bodoh yang ditandatangani dengan syarikat konsesi,” katanya.

Pua berkata, terdapat kontrak diberikan tanpa tender yang didakwa menguntungkan “kroni” parti memerintah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan malangnya terus mengamalkan langkah sama dalam pemberian kontrak lebuh raya.

“Oleh itu kita boleh jangkakan semua lebuh raya sedia ada dan pada masa akan datang akan terus mencekik pengguna kenderaan di Malaysia dengan kadar tol akan naik lebih drastik,” katanya lagi.

Kerajaan berpendapat tidak harus terus menanggung pampasan sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta (Januari-Oktober) tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu. -Malaysia Kini/16/10/15


Isnin, 12 Oktober 2015

Kadar Tol Naik Mulai 15 Oktober



Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.

Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.

Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.

Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). -Malaysia Kini/12/10/15


Rabu, 9 September 2015

PLUS Laksana Kutipan Tol Elektronik Sepenuhnya Mulai 2017


BUTTERWORTH: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di semua plaza tol miliknya mulai tahun 2017.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohd Fuad Khusairi berkata ketika ini sebanyak 14 daripada 92 plaza tol miliknya telah melaksanakan sistem ETC manakala bakinya masih menggunakan sistem tol tertutup.

"PLUS menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, ia adalah antara usaha kami mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pelaksanaan ETC di plaza tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Selain plaza tol Jambatan Pulau Pinang, empat lagi plaza tol turut melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di Kubang Semang, Pulau Pinang, serta Lunas, Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah mulai pukul 12 tengah hari ini.

Katanya pelaksanaan ETC sepenuhnya di Jambatan Pulau Pinang dijangka dapat melancarkan 30 hingga 50 peratus kesesakan trafik di laluan itu dan memberi penjimatan masa kepada pengguna.

Mohd Fuad berkata sebanyak 82,000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang setiap hari dan sebelum pelaksanaan ETC, 90 peratus daripadanya sudah menggunakan ETC.

"Mengikut rekod, penggunaan SmartTAG mampu mencatatkan 1,200 transaksi dalam tempoh satu jam berbanding tunai yang hanya mencatatkan 400 transaksi manakala kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go pula mencatatkan 550 transaksi bagi tempoh sama," katanya.

Beliau berkata PLUS juga membelanjakan hampir RM10 juta bagi menyerap kos promosi dan rebat yang diberikan di semua lima plaza tol berkenaan bermula 1 Sept hingga 31 Dis ini.

Katanya PLUS turut menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch 'n' Go baharu yang melalui kelima-lima plaza tol berkenaan sehingga 31 Dis ini.

Sementara itu, katanya aliran trafik berjalan lancar dan tiada kesesakan di lima plaza tol berkenaan terutama di Jambatan Pulau Pinang selepas pelaksanaan sistem ETC.

Mohd Fuad berkata pihaknya turut menempatkan kakitangan PLUS di lima plaza tol yang melaksanakan ETC hari ini bagi menjual kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go kepada pemandu kenderaan yang belum memilikinya.

"Setakat ini, semua berjalan lancar dan aliran trafik juga baik. Kakitangan PLUS dibantu polis trafik dan RELA membantu pengguna di lima plaza tol berkenaan untuk melancarkan perjalanan mereka," katanya.

Tinjauan Bernama di plaza tol Jambatan Pulau Pinang dan Kubang Semang juga mendapati trafik bergerak lancar walaupun hujan lebat hari ini kerana kebanyakan pengguna telah memiliki kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go.

Seorang pemandu van, Jamal Othman, 46, berkata penggunaan kad Touch 'n' Go lebih mudah dan melancarkan perjalanan pengguna di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

"Setiap hari saya menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk mengambil barangan jualan di George Town dan saya nampak dengan pelaksanaan ETC hari ini, perjalanan lebih lancar. Tidak sesak seperti selalu," katanya. - Bernama/9/9/15

Khamis, 6 Februari 2014

Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini



[BERNAMA] PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Timbalan perdana menteri berkata pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol.

Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini, Rabu.

Muhyiddin berkata banyak lagi syarikat konsesi termasuk Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) tidak menaikkan tol.

"... macam PLUS tak naik, dan banyak lagi syarikat konsesi sekarang ini, ada 29 syarikat konsesi semuanya, cuma yang terlibat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, kalau tak silap saya ada sembilan syarikat konsesi," katanya.

Selain itu menurutnya jawatankuasa berkenaan juga bersetuju untuk meminta Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, sekiranya ada cara-cara yang boleh dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik konsesi berkaitan kutipan tol.

".. kalau ada terma-terma yang boleh dipersetujui bersama, termasuk untuk lanjutkan tempoh konsesi sebagai satu cara menentukan kadar tol tidak dinaikkan di masa hadapan, ini boleh dibincangkan.

"Jawatankuasa hari ini bersetuju supaya Kementerian Kerja Raya mengadakan perbincangan awal dengan semua syarikat konsesi untuk hasrat itu," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga bersetuju menyediakan peruntukan RM120 juta untuk agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Beliau berkata ia bagi memastikan ketiga-tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dapat menyediakan bekalan barangan makanan terpilih yang mencukupi, bagi memastikan harganya tidak naik terlalu tinggi di pasaran.

Muhyiddin berkata ia merupakan antara beberapa inisiatif yang dibentangkan Kementerian berkenaan di mesyuarat petang ini, termasuk usaha membekalkan bekalan bahan makanan yang mencukupi pada harga berpatutan, seperti sayur-sayuran terpilih, bahan makanan kering dan ikan.

Katanya mesyuarat memberikan tumpuan khusus kepada enam aspek atau bidang kecil yang dilihat membawa implikasi ketara kepada kos sara hidup orang ramai, yang terdiri daripada aspek bahan bakar, yang merujuk kepada isu-isu berkaitan subsidi minyak.

".. kedua dari aspek tenaga seperti tenaga elektrik dan sebagainya, ketiga dari segi bahan makanan, (keempat) aspek pembayaran tol, kelima pengangkutan, seperti tambang bas serta teksi, dan yang keenam, aspek perumahan," katanya.

Muhyiddin juga berkata jawatankuasa itu juga bersetuju untuk memperuntukkan RM3.5 juta kepada pertubuhan-pertubuhan pengguna di seluruh negara, termasuk 20 persatuan pengguna yang besar, untuk membantu mereka melaksanakan program-program pendidikan kepada pengguna.

Merujuk kepada isu berkaitan tambang pula, Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu memahami banyak pengusaha memohon supaya kadar tambang dinaikkan, namun ia menetapkan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengemukakan apa jua ketetapan yang diambil berhubung tambang kepada pihak mereka (jawatankuasa khas), sebelum sebarang tindakan diambil mengenainya.

"Itu antara beberapa perkara yang saya boleh disebut di sini, lain-lain isu tidak boleh saya nyatakan sehingga dibawa kepada Jemaah Menteri di mesyuarat akan datang," katanya.

Sementara itu, merujuk kepada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bulan depan, Muhyiddin berkata Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponennya sebelum akhir bulan ini sebelum dapat membuat apa jua ketetapan mengenainya.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 23 Mac sebagai tarikh pilihan raya kecil itu, dan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon. - 6/2/14


P/s: Tahniah rakyat yang memprotes khabar angin tentang kenaikan tol hujung tahun lalu sama ada melalui media sosial ataupun dalam medium yang lain. Tanpa protes anda, kita mungkin sudah membayar harga tol yang baharu.

Yang kita kesal duit rakyat terpaksa dikorbankan untuk membayar pampasan kepada konsesi. Jumlahnya RM400 juta. Mengapa kerajaan begitu cerdik membuat perjanjian yang merugikan negara sedangkan konsensi lebuh raya mengaut keuntungan saban tahun?




Rabu, 18 Disember 2013

Selangor Akan HALANG Kenaikan Tol 3 Lebuh Raya

Sekadar hiasan.
[MK] Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan. -18/12/13



,

Selasa, 17 Disember 2013

PLUS Dakwa Tidak Terbabit Kenaikan Tol


Sumber grafik di sini.

[BH] Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan. 

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

Perjanjian konsesi tamat 2016 

“Lebuh raya PLUS tidak terbabit, mungkin lebuh raya lain kerana perjanjian konsesi sedia ada di antara PLUS dengan kerajaan hanya akan tamat 2016 berbanding 25 lagi syarikat konsesi,” kata sumber syarikat itu kepada BH semalam, namun enggan mengulas lanjut. 

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilaporkan berkata kenaikan kadar tol dijangka tahun depan sejajar dengan perjanjian di antara kerajaan dan pemegang konsesi. Bagaimanapun, kenaikan itu dijamin secara sistematik bagi memastikan pengguna tidak memikul beban. 

Antara lain, perjanjian berkenaan mewajibkan kadar tol disemak semula untuk dinaikkan pada 2011, tetapi kerajaan mengambil inisiatif membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada sejak dua tahun lalu. -17/12/13


P/s: Jangan main wayang, tidak naik Januari, naik Februari....



,

Punca Tol Naik


Kesilapan perjanjian konsesi punca kadar tol naik, kata Khalid Ibrahim

[TMI] Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Khalid, bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.

“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini.

Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan

Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Menurut angka yang disebarkan melalui laman sosial, kenaikan mendadak kadar tol di negara ini akan berlaku mulai tahun depan.

Mengikut angka yang tidak pasti kebenarannya itu, kadar tol di lebuh raya Sungai Besi Besraya akan naik dari RM1.30 ke RM2.

Lebuh raya NPE dari RM1.60 ke RM2, LDP dari RM1.60 ke RM2.10, Akleh dari RM1.50 ke RM2.50, Kajang SILK dari RM1 ke RM1.30.

Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) pula dari RM2.50 ke RM3.50, lebuh raya Kajang -Seremban (Lekas) dari RM1.90 ke RM2.30, lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) dari RM1.50 ke RM2.50, Lebuhraya Pantai dari RM1.50 ke RM2.50, Damansara RM1 ke RM1.50, Kiara dari RM2 ke RM3.

Lebuh raya SKVE pula dari RM14.96/kilometer ke 16.46/kilometer manakala Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) pula dari RM1.40 ke RM1.90 dan Lebuhraya Smart dari RM2 ke RM3. – 16 Disember, 2013.


,

Ahad, 15 Disember 2013

Sah, Tol NAIIIIIKKKKKK!!!!


Kenaikan Tol Terkandung dalam Perjanjian Konsesi - Abdul Wahid

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. 

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, hari ini. 

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba. 

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya. 

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya. 

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. 

Terdapat 13 lebuh raya yang terbabit dalam semakan semula kadar tol itu. 

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. 

"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. - 15/12/13


P/s: Apa macam pengundi BN? Best?

Yang kita tak faham bagaimana perjanjian konsensi lebuh raya ini dibuat? Mengapa perjanjian itu menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat? Walhal jumlah tol sepatutnya hanya untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan bukannya untuk mengumpul keuntungan berlipat kali ganda.

Yang pasti orang yang terlibat dengan perjanjian konsensi ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tol, rakyat juga yang terpaksa mengeluarkan kos tol yang amat membebankan.

Kerana pencacai, majoriti rakyat menderita.


,

Rabu, 28 Mac 2012

Pakatan Rakyat Akan Ambil Alih Tol yang Untung Melampau

 
[MK] Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

"Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai sebanyak RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata Pakatan sambil mendakwa wang itu tidak akan dipulangkan kepada rakyat.
 
 
 
 

, , ,

Sabtu, 14 Januari 2012

Konvensyen PR 3: PR Akan Hapuskan Tol PLUS & Batal Penyenaraian Felda Global Jika Tawan Putrajaya


Saya petik:

Berita 1

PR Akan Hapuskan Tol
[FMT] PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Berita 2

PR Akan Batal Penyenaraian Felda Global
[TMI] ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika mereka menguasai persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua biro PKR Felda and Orang Asal Suhaimi Said memberitahu konvensyen PR di sini penyenaraian tersebut bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah persekutuan Felda yang bermaksud peneroka-peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah mereka.

“(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham,” tambahnya.

FGVH, bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian tersebut dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.

Tetapi cadangan telah ditentang pembangkang daripada Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan terhadap 200,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas — kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiar antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.



P/s: Macam biasa, pencacai akan mempertikai kenyataan ini terutamanya berkaitan dengan pemansuhan tol. Hujah saya mudah, tolong undi PR dalam PRU13, biar mereka buktikan. Jika gagal, anda makilah cukup-cukup. Dalam PRU14, anda undilah BN semula!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH