Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 4 Disember 2009

"FATINE": Khunsa @ Pondan?


(foto: DC)

Persoalannya, apakah status jantina sebenar jejaka yang bernama Mohammed Fazdil Min Bahari? KHUNSA atau LELAKI? Jika lelaki, memanglah akan dilaknat oleh Allah SWT. Tiada kompromi, kecuali dia bertaubat, dan mudah-mudahan taubatnya diterima oleh Yang Maha Pencipta. Jika khunsa, status itu tidak mewajarkan dia bertindak sedemikian, membelakangi hukum agama dan nilai budaya masyarakat demi memenuhi rasa cinta mendalamnya kepada lelaki Inggeris yang kini dikatakan sebagai "suaminya". Bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi?

Semoga tuan empunya badan tidak berselindung di balik status khunsa untuk meraih simpati masyarakat. Hal ini sudah nampak jelas melalui komen-komen yang diberikan oleh Muslim yang berfikiran liberal yang boleh dibaca di laman-laman sesawang yang menyiarkan cerita ini. Mereka seolah-olah geram dengan sikap ahli agama dan masyarakat Islam yang marah akan tindakan Fazdil. Agak sedih apabila pemberi komen yang menggunakan nama Muslim menyokong tindakan Fazdil atas nama hak asasi manusia, kebebasan, dan cinta sejati. Mereka kini sudah mula menerima istilah gay dan lesbian sebagai suatu hak yang perlu dipertahankan. GILA!

Jika benar dia dilahirkan sebagai lelaki sejati, maka tindakan Fazdil wajar ditentang kerana sudah menjadi kewajipan kita untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan. Saya dengan tegas menyatakan: "Binatang pun tahu lubang yang betul" jika dia masih meneruskan perlakuan yang jauh-jauh menyimpang daripada norma manusia dan mewarisi tabiat kaum Nabi Luth yang ditimpa bala yang amat dashyat oleh Allah SWT. Hukuman perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada manusia yang lain, sebelum kita dihukum kerana membiarkan perkara ini berlaku di depan mata demi memenuhi kehendak hak asasi manusia walaupun tindakan itu melampaui norma manusia dan sudah tentu bertentangan dengan ajaran agama!

Dalam "usaha" mahu membantu si Fazdil seperti yang dicanangkan oleh YB Zul, selain jantina, persoalan lain yang perlu difikirkan termasuklah: Apakah agama si "suami"? Bagaimana pula dengan hukum kehidupan seks mereka sekarang? Halalkah mereka berbuat "tut"? Bagaimana dengan status perkahwinan mereka? Diandaikan si "suami" beragama Islam dan majlis mengikut akad yang ditetapkan, namun jika si "isteri" itu lelaki, bukankah terbatal perkahwinan mereka? dll....

[MSTAR]- Fatine Min Baharin, seorang khunsa yang mencetuskan kontroversi kerana menikahi
lelaki Inggeris melalui cara sivil di United Kingdom, telah mendapat sokongan moral daripada orang yang tidak mungkin terlintas pun di fikiran kita semua iaitu ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dari PKR.

Zulkifli, yang sentiasa dilihat sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam soal-soal dasar agama dan syariah berkata, adalah tidak wajar untuk sesiapa sahaja termasuklah pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen menuduh Fatine memalukan negara ini.

“Sebenarnya soal Fatine tidak perlu dijadikan isu kerana syariah memberi pengiktirafan kepada tiga jenis atau kategori seks dengan jelas.

"Jika benar dia seorang khunsa, Fatine tidak perlu takut untuk kembali ke Malaysia malah jika beliau hendak pulang, kita akan membantu dia,” kata Zulkifli dalam satu temuramah dengan laman portal Malaysian Insider di lobi Parlimen, Khamis.

Zulkifli menjelaskan seorang khunsa adalah berbeza dengan seorang pondan kerana seorang yang dilahirkan sebagai khunsa adalah merupakan kejadian semulajadi manakala pondan terjadi akibat perbuatan atau tindakan seseorang itu.

Beliau juga menyeru Majlis Fatwa menjelaskan kepada masyarakat mengenai perbezaan ini agar orang-ramai lebih memahami situasi seperti ini.

Malah beliau berkata, seseorang yang dilahirkan sebagai khunsa yang mempunyai dua alat kelamin perlu diberikan hak untuk memilih dia hendak menjadi wanita atau lelaki dan apabila mereka telah membuat pilihan, kita patut memberi pengiktirafan ke atas kewujudan mereka dan ini termasuklah dalam soal perkahwinan dan sebagainya.

Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di
negara tersebut.

Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas oleh media massa negara tersebut. Bagaimanapun, permohonan visanya untuk melanjutkan lawatannya telah ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Fatine kini berhadapan dengan kemungkinan didepot balik ke Malaysia dan dia kini bimbang
akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dikecam oleh masyarakat sendiri dan juga berkemungkinan berhadapan dengan tindakan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Jika dia didapati bersalah dan didepot balik ke Malaysia ada kemungkinan Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan mengharamkannya ke luar negara selama dua tahun.

Pada masa yang sama, Fatine juga khuatir dia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama kerana perkahwinan sesama seks adalah diharamkan di Malaysia.

  1. sy tahu tentang laman web tersebut...sy sendiri "berdebat" serba sedikit tentang isu ini...mmg rmi orang islam liberal yg menyokong...dan si kafir pula melontarkan hujah2 kenape mereka menyokong...disogok pula dgn kisah Nabi Lut yg mereka baca di dalam Bible...

    dunia da akhir zaman..masing2 yg tahu kebenaran..menulikan telinga...

    Wallahualam...

    gravatar Comment by shuffey.armie @ Jumaat, Disember 04, 2009 10:56:00 PTG      
  2. Melayu yang murtad pun ada tulis,berani pula mempersoalkan hukum islam yang dianggapnya back to tha dark age.Kurang ajar betul. Usahkan Melayu liberal((saya tak suka tulis muslim liberal-muslim adalah selemah iman dan tidak akan mempersoal hukum walaupun xnak ikut). Nasib baik ada jugak golongan yang pertahankan Islam dalam forum tu, masalahnya kita tak nak bagi komen, tolonglah, pertahankan Islam walaupun dengan tulisan. bila skit yang bagi komen, nampak macam budaya laknat tu diterima ramai.

    -kaumulberryakubluberry

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Disember 07, 2009 1:32:00 PTG      
  3. "Binatang pun tahu lubang yang betul"

    Kah kah kah.. setegas mana-mana pun awak nak cakap, pernyataan tu salah. Selidiklah sikit sebelum cakap..

    http://en.wikipedia.org/wiki/Homosexual_behavior_in_animals

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Disember 18, 2009 7:29:00 PTG      
  4. salam anonymous,

    Kata-kata "Binatang pun tahu cari lubang yang betul" tu ialah perbandingan yang saya buat dalam hal ini. Memang benar ada binatang yang "tersalah lubang". Tapi hanya sebahagian kecil dan perlakuan binatang-binatang ni pun masih dikaji oleh saintis ("the true extent of homosexuality in animals is not known.")Malah ada yang mengatakan perbuatan itu bukanlah semata-mata suatu seksual aktiviti. Apa-apa pun Allah itu MAha Mengetahui Makhluk ciptaannya.

    Saya pernah dengar BABI pun ada yang "tersalah lubang", begitu juga binatang-bintang lain seperti yang didakwa dalam WIKI yang dipautkan oleh saudara.

    OK, katakanlah ada sesetangah binantang "tersalah lubang", wajarkah manusia yang ada AKAL&AGAMA, berbeza daripada haiwan yang tiada akal, tersalah memilih lubang?

    Saya masih berpegang pada penegasan itu, dan semoga Allah memberikan hidayah kepada orang yang tersalah memilih lubang.

    Terima kasih atas maklumat saudara. Sila berkunjung lagi ke DUNIACACAMARBA.

    gravatar Comment by Unknown @ Sabtu, Disember 19, 2009 9:33:00 PG      
  5. (Saya penulis Anonymous komen @ Dec. 18, 7:29pm)

    Terima kasih atas balasan anda.

    Tujuan saya memberi URL tersebut adalah semata-mata untuk menunjukkan penulis blog supaya membuat selidikan yang betul sebelum membuat pernyataan sebegitu. Bukan saya mengguna alasan "binatang juga buat, jadi mengapa manusia tidak boleh?" untuk mempertahankan hubungan homoseksual.

    Terima kasih

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Disember 19, 2009 1:08:00 PTG      
  6. Salam Anonymous,

    saya hargai teguran anda!

    gravatar Comment by Unknown @ Sabtu, Disember 19, 2009 1:36:00 PTG      
  7. salam,

    Ada lagi yang tidak puas hati dengan penegasan yang saya buat dalam kiriman di atas. Kali ini rakan di tempat kerja. Katanya tak relevan sebab "binatang pun ada yang buat homoseksual".

    Tolong bezakan frasa "BINATANG PUN TAHU (CARI)LUBANG YANG BETUL" dengan "BINATANG PUN TAK BUAT PERILAKU HOMOSEKSUAL". Cuba baca berkali-kali kalau masih tidak dapat faham maksudnya. Dua frasa yang berbeza maksudnya.

    Dalam kiriman di atas, saya tidak guna frasa "BINATANG PUN TAK BUAT PERILAKU HOMOSEKSUAL" kerana saya tahu, binatang pun berbuat demikian. Saya gunakan frasa "BINATANG PUN TAHU (CARI)LUBANG YANG BETUL" yang digunakan dalam kiriman di atas supaya orang faham bahawa kebanyakan binatang yang sudah semestinya tidak berakal pun tahu menggunakan organ seksual atau perilaku seksual yang betul. Bukannya menidakkan aktiviti homoseksual dalam kalangan haiwan.

    Jelas? Jadi tidak timbul soal saya tidak selidik ketika menulis dan sebagainya. Jika saya menggunakan frasa "BINATANG PUN BUAT PERILAKU HOMOSEKSUAL" maka betullah saya tersilap, maka sudah semestinya saya akan membetulkan fakta yang ditulis.

    Wala bagaimanapun, terima kasih atas komen yang diberi. Komen anda sangat2 saya hargai.

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, Disember 21, 2009 8:32:00 PG      
  8. nak tanya macam mana gay boleh terjadi?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Ogos 20, 2010 3:59:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH