Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 7 Disember 2009

Benarkah 1 BILION Orang Tonton PIALA MONSUN?


Hebat! PM kata Piala Monsun atau "The Formula 1 of Sailing" itu ditonton oleh 1 bilion orang! Fuh, kalau berdasarkan anggaran tentang jumlah penonton F1, ternyata Piala Monsun lebih hebat daripada F1! Dalam Wikipedia, "Formula One is a massive television event, with a global audience of 600 million people per season", manakala WikiAnswers pula menyatakan jumlah yang lebih rendah, iaitu "around 154 million people watch formula one in the world".

Saya tidak tahulah jika jumlah 1 bilion itu adalah jumlah penonton yang dikumpul sejak kali pertama sukan orang kaya ini mula diadakan pada tahun 2005 (betul ke?) di Malaysia. Namun jika jumlah itu dikatakan untuk satu musim, saya teruja kerana Formula 1 di laut lebih hebat daripada Formula 1 di atas litar.
Ketika segelintir orang kaya/kroni yang memperoleh manfaat daripada penganjurannya, saya bangga kerana tidak pernah sekali pun menonton sukan ini. Bukannya kerana benci akan sukan ini, tetapi benci kerana wang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat di Terengganu yang dikategorikan sebagai salah sebuah negeri termiskin di negara ini disia-siakan untuk penganjuran sukan ini.

Menurut sumber akhbar, sebanyak RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup yang dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni yang dikatakan rapat dengan bekas PM. RM300 juta bukan RM300 ribu, bukan RM300 ringgit, bukan 300 sen! Itulah sebahagian wang yang diperjuangkan oleh rakyat Terengganu, namun akhirnya "disia-siakan" untuk penganjuran sukan tersebut. Ada orang tidak setuju apabila sesetengah orang termasuk saya mengatakan bahawa penganjuran sukan ini suatu yang "sia-sia", tetapi bagi saya wajar dikatakan sia-sia kerana ada perkara yang lebih penting selain menganjurkan sukan yang "memakan" banyak duit rakyat.

Walaupun dikatakan liputan Piala Monsun disiarkan menerusi ESPN Star di Asia selain 13 saluran sukan stesen TV untuk siaran di United Kingdom, Eropah, Eropah barat dan timur, Belanda, Portugal, Asia Barat, Asia, negara Scandinavia, New Zealand, negara Latin dan Amerika Selatan, Afrika, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia, namun jumlah 1 bilion itu (biarpun dikumpulkan dari edisi pertama) terlalu tinggi berbanding dengan popularitinya yang tidak segah mana!

Berkaitan:

* PM gembira Piala Monsun ditonton 1 bilion orang

KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan sambutan terhadap penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyong di sini yang berakhir hari ini.

Perdana Menteri berkata, kejohanan tersebut telah menarik kira-kira satu bilion penonton dari seluruh dunia yang menyaksikan kejohanan itu menerusi televisyen.

Berdasarkan sambutan positif itu, kata beliau, kejohanan berprestij itu akan diteruskan sehingga 2012 yang mana kontrak penganjurannya berakhir.

Menurutnya, selepas tarikh itu, kerajaan akan menyerahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan atau sebaliknya kejohanan tersebut.

''Alhamdulillah, saya nampak Piala Monsun dapat sambutan kian meningkat dan saya berbual dengan pihak penganjur, mereka dapati kualiti penyertaan bertambah dan Piala Monsun dijadikan acara kelayakan amat penting.

''Kita lihat dari segi bilangan yang menonton menerusi televisyen mencecah satu bilion di seluruh dunia.

''Ini tentu sekali menunjukkan Piala Monsun mendapat sambutan di persada antarabangsa dan berharap peserta tempatan dapat beri saingan pada kejohanan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyerahan Bantuan Ihsan Bencana Banjir peringkat daerah Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang mewakili Menteri Besar Terengganu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong.

Menurut Perdana Menteri, Piala Monsun kali ini juga berjaya membantu juragan pasukan Black Match Racing iaitu Adam Minoprio yang menjadi juara baru dunia hasil kejayaan pada pusingan kelayakan di Kuala Terengganu.

''Dia tak mungkin dapat jadi juara dunia, jadi menerusi Piala Monsun ini, kita berjaya lahirkan pemenang atau juara dunia ini," kata beliau.

Kemenangan itu membolehkan pelayar dari New Zealand berusia 24 tahun itu dinobatkan sebagai juara WMRT ISAF dengan mengumpul 138 mata selepas melalui sembilan sirkit jelajah dunia itu.


  1. Salam ,
    1 bil nonton monsun cup hebat tu..Bangga.. bangga..Itulah 1 Malaysia punya cerita.
    Tunjukkan pada rakyat Malaysia hasil keuntungan penganjuran.Tunjuk dalam bentuk benda.Bukan untung on the paper..

    gravatar Comment by anakmuaallaf @ Isnin, Disember 07, 2009 12:47:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH