Fitnah HANGAT di Blog Anti-Anwar
BigDogDotCom:
Antaranya memerihalkan:
"Semenjak kebelakangan ini, timbul beberapa penulisan mengenai anak bungsu pasangan Azmin Ali-Shamisdar Mohd Taharim merupakan benih Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Anwar telah dikatakan mengarahkan Azmin untuk ‘menipu’ mengenai sampel darah anak bungsu Shamsidar, apabila diperintah oleh Mahkamah....."
Cerita dalam blog tersebut pula dipautkan/bersumber dari blog:
Antaranya memerihalkan:
"...Mengikut sumber yang amat dipercayai, dengan bantuan doktor yang bersekongkolan (BACA PETIKAN BERITA 1998 SINI), Anwar dan Syamsidar telah subahat mengambil darah daripada seorang lagi anak perempuan Syamsidar dan bukan daripada Afifa – anak yang disyakki dilahirkan daripada perhubungan sulit Anwar dan Syamsidar.
Kemudian Anwar telah menggunakan pengaruhnya untuk memastikan bahawa polis akan terima sampel darah yang palsu itu.
Maka apabila Jabatan Kimia membuat ujian DNA, mereka pun sahkan bahawa Afifah BUKAN anak Anwar. Ini adalah kerana sampel darah yang diambil itu bukan daripada Afifah..."
2. Anwar X Files:
Antaranya memerihalkan:
"...Orang pertama yang mendedahkan wujudnya skandal Anwar-Shamshida adalah pemandunya sendiri iaitu Azizan Abu Bakar.
Menurut Azizan, dia sendiri menjadi saksi yang memandu dan menurunkan Shamshida di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, akan menjemput Shamshida.
Kereta Daimler WBV 37 itu adalah Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation). Kebiasaannya, pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kebinet), Anwar memberi alasan kepada isterinya (Wan Azizah) dan polis pengiring supaya tidak mengiringinya kerana dia mahu bermain 'tenis' dengan Dato Nalla di Bukit Kiara. Anwar yang menaiki kereta Daimler yang dipandu oleh Dato Nalla itu akan menjemput Shamshida di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa mereka ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar..."
3. Anwar Dot Com:
Antaranya memerihalkan:
"...Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.
Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut...."
4. Pemuda Enggang:
Menyiarkan semula 50 dalil yang dikatakan ditulis oleh Khalid Jafri. Betulkah ini dalil-dalil tersebut? Cuba baca dalil ke-50. Mungkin Tun M melantik Tun Abdullah berdasarkan dalil ini. Kelakar!
"...50 AMANAT
Akhirnya amanat dari Haji Sulaiman Palestin kepada Dr. Tun Dr. Mahathir sebelum beliau meninggal dunia.
Anwar banyak berguru kepada Allahyarham yang merupakan bapa saudaranya. Haji Sulaiman yang merupakan tokoh veteran UMNO banyak mengetahui rahsia dan kelemahan Anwar.
Dr. Tun Dr. Mahathir dicadangkan oleh beliau supaya memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kalau mahu melihat UMNO selamat."
5. sebuah video di Youtube.
1. Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi:
“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.
Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.
Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”
2. Dr Taha Jabir al-’Ulwani:
"...Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat)..."
bodo depa nih... tok sah layan mereka nih... baik kite bukak blog anti KJ... kehkehkeh
Comment by Prof. Era Pasca @ Rabu, Disember 30, 2009 3:27:00 PTG