Pengarah Tabung Haji Mengaku Tidak Salah KHALWAT dengan Staf
Rozimin Ahamed Kamil,46, dibawa lari dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya Balik Pulau selepas tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat . - Foto Bernama |
[Bernama] BALIK PULAU - Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.
Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.
Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.
Nor Hamiza dibawa keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya selepas tidak mengaku salah berkhalwat dengan Rozimin Ahamed di sini hari ini. - Foto Bernama |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.