[Kemas Kini] Akhbar Harakah DIRAMPAS, Tian Chua, Haris Ibrahim, dan Tamrin Ghafar Sudah DIBEBASKAN
[HD] KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.
Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.
"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".
Manakala Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.
"20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
"Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya.
Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
P/s: Maklumat di Twitter yang sedang berlegar-legar turut mendedahkan bahawa Tamrin Ghafar juga bakal ditangkap oleh polis atas tuduhan yang sama.
Kemas Kini:
Kemas Kini:
Tiga Pemimpin Pakatan, NGO Dibebaskan
[MK] Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.
Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.
Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.
Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.